Skip to main content

Choc Moist Cheese Layer with Sos Choc Banjir..

Semalam hari ulangtahun ke-2 anak SIL..Nur Qurratul Ain..jadi saye pon feeling2 nak membuat kek..tak tau nak buat kek ape..nak buat kek yang senang2 je laa..thinking of nak buat Brownies Cheese Layer..(klik resipi kat sini) tapi malas nak beli tepung brownies..then pikir2 nak modified resipi tu kepada choc kek..tapi banyak versi choc kek..So saye pon buatlah Choc Moist Cheese Layer..dibanjiri sos coklat...heheh

 Dibanjiri sos coklat..yummylicious!


Rupa Choc Moist Cheese ni bila dipotong sama jer ngan  brownies cheese yang sy buat sebelum nie..cuma bayangkan atasnya ade sos coklat meleleh...sorry tak sempat la nak snap picca dis cake setelah dipotong sebab letak jer orang trus serbu...

Choc Moist:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis


bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

bahan C
3 biji telur
*** ******************************************************

1.masukkan bahan A dalam periuk dan panaskan hingge gula larut..sejukkan
2.putar bahan C hingge kembang..masukkan bahan A..dan gaul rate
3.tepung gandum digaul bersame soda bikarbonate dan baking powder..pastu diayak.masukkan kedalam bahan A dan C..MASUK SEDIKIT DEMI SEDIKIT..
4.bahagikan adunan kepada 2 bahagian/mangkuk

Cheese layer

*250gram cream cheese
*40ml air
*60gm gula castor
*1biji telur
>>campurkan semua bahan kecuali telur. pukul sampai kembang dan rata masukkan telur kacau rata (kacau kejap jer).

CARA MASAK
**Cara masak sama jer macam brownies cheese cuma gantikan dengan choc moist tadi..1bahagian choc moist kukus 15minit, kuarkan n tuang adunan cheese, kukus 15minit lagi, kuarkan n masukkan 2nd part choc moist kukus 15min lagi.Done!

Choc Ganache (Sos Coklat)
1cup serbuk koko
1 cup susu pekat
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn air
1/4 cwn minyak jagung/minyak masak
**Masakkan cara double boiler, adjust la ikut tekak sendiri nak manis, tambah susu, rasa2 nak cair tambah air sket..

Comments

cik sal said…
shila...cake ko nie memng menggiurkan lah...rjin ek ko masak memasak??
shilafaizz said…
tengok mood gak sally..kalau rajin memalam buta pon aku leh membaking...kalau malas, jangan kan masak pinggan 2hari dalam sinki! ahaks teruk kannnn
ashra said…
ni yang rasa nak ngestest resepi ni plak..aritu wat leleh2 takder cheese.hehe...

thanks sharing.nanti rajin akan ku buat.(pantang nampak cekelat sebenarnya!)..hehe
shilafaizz said…
sila kannn...nampak macam banyak steps tapi kejap jer sebenornye..
cik sal said…
shila:kena serbu umah ko nie tuk mkan2..hihi...

mlas tu besa ler...wat keja umah ikut mood...haha
shilafaizz said…
silakan..datang ler umah..nanti aku masak2..kot2 aku malas masak kan, aku beli jah...ahaks

Popular posts from this blog

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART1

PART1 Day1 12 Oct 2017 (Hari Bertolak) Kami dari rumah menaiki hired taxi (mpv) tambang dalam RM80 dr Shah Alam. murahkan? Baik abang ni.. dia bawak exora. bertolak dari rumah ke KLIA2 pukul 6.30 petang, dan sampai sejam kemudian. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan flight dijadual berlepas pukul 10.30 malam. lepas dah checkin luggage semua kami pon dinner dulu dan solat. Kami sampai ke Tullamarine Airport Melbourne 9.30am waktu Australia 13hb. Day2 13 Oct 2017 (Arrival) Okay sy nak bagi beberapa tips untuk yg berhasrat ke Aussie. Imigresen Australia sangat2 strict ya tentang apa jua barang yg dibawa masuk kenegara mereka. Jika bawa makanan, boleh follow tips dibawah untuk memudahkan kuarantin check korang semasa di imigresen nanti. Memang jimatkan masa dan mudahkan pegawai sana utk check. juga boleh elakkan dari 'dog sniffing' ya disana mereka gunakan anjing pengesan utk hidu bag2. 1. Letakkan semua makanan dalam satu bag khas. Jangan campur2 bag. ni mmeudahkan peg...

Kenapa Dia Tak Prihatin?

Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan seka...

Spiral Spaghetti Goreng Ala Chef Shila

Di atas permintaan rakan-rakan di FB yang mem-view album resipi saye...dan merequest resipi dari saye terutamanya Epa Hassan . ..Dengan berbesar hati sekali saye sanggup dan rela membocorkan resipi turun temurun nenek moyang..huahuaaa...Kawan2, nak masakan sedap ni sebenonye kena ade satu skill, skill 'pandai agak-agak'...cmno tu? maksudnye, kalau orang tanye bape banyak lada nak letak? agak2 jer...ha gitu ler... hikhik ~Ha menarik tak spaghetti saye ni? (klu xmenarik sudah, ade ku kesah..) Bahan2: Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli) *Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M) *Minced chicken/beef *Lada kering - gunting dan direbus Bawang besar - sebiji Bawang putih - 4 ulas Sos Tiram *Sawi batang hijau *Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar Telur - 2biji Garam dan bahan perasa (* = Ikut korang ler kalo suka...