Tuesday, April 26, 2011

29 Hari Maraton...

Untuk pengetahuan sesape yang tak tahu, saya melahirkan Humayraa ketika bulan Ramadhan..(21 Ramadhan 1431H)..saya sarat mengandung ketika di bulan puasa...Gynae sy Dr.Siti memang tak galakkan puasa dan die langsung tak bagi sebenarnye..Tapi ketika 1Ramadhan tuh saya berkeras juga mahu berpuasa tanpa pengetahuan gynae...Rase sayang sangat tak sambut 1Ramadhan...Pagi2 sahur nasi, kuih, biskut, kurma, minum milo, semua balun sebab tak mau lapar...Sudahnyeee, tengahari tu saya mendapat pedih ulu hati yang sangat saaakiit! Tulah degil sangat, pehtu dah petang saya kene gastrik plak..aduhhh tak sabar nak balik dan berbuka. Nak buka puasa time tu jugak rase sayang sangat sebab dah petang. Bila balik keje dah kul 6lebih kat bazar Ramadhan sume dh nak licinnn. Sedihhh rase nak nanges jer. So hari pertama berpuasa berbuka di KFC sajerrr.

So esoknya En Faizz tak bagi saya puasa...sebab takut kene pedih ulu hati dan gastrik lagi. Sy memang ade gastrik sejak kecik. Baby lam perut pulak mase 1st day puasa tuh dah bergelodak lam perut..lapar eh sayang?? ciannn die. So saya memang tak puasa sampai lah nak bersalin...Tapi saye bukan makan ape pon kat opis, makan roti ngan air cekelat sajer hari2..Jadi saye harus mengganti puasa sebanyak 29hari !! Dah berapa hari saye ganti?? Baru 1 hari uolls...So saye kene maraton start bulan May sekurangnye 10hari sebulan....hukhuk

Monday, April 25, 2011

Lagi Pasal Makanan Baby...

Sekarang Myra dh tumbuh gigi..dah panjang jugakla gigi die so sy dah try takyah blend lagi bubur die..sebab die dah boleh mengunyah2...Masak bubur nasi macam biase, sayur2 wat puree macam biase cuma ayam atau ikan tu saye cincang sampai halus..klu rajin bolehla tumis macam nak buat sup sket, letak bawang merah + halia rebus ngan ikan/ayam sekali...Kalau mood malas mase tanak(memasak) nasi malam tu, masukkan je skali ikan/ayam cincang tuh dengan sehiris halia..Kenapa letak halia?? >>>>>>>>>> Untuk menghilangkan bau hanyir kaedahnye..Lagipun wangi tau bubur tu kalau letak halia...

Ikan saye start bagi baru sekarang ni sebab nak elakkan seafood allergen. Sebelom nih ade gak bagi ikan tapi ikan bilis...eheheh. Ngan ayam juga...sayur2 sume balun...saye suka wat puree bayam cepat, senang, mudah.

Saye kan menggunakan slow cooker (very..very recommended for working mommies). Sebelom tido masukkan beras ngan air dalam slow cooker tuh esok pagi taraaaa dah siap buburnye. Boleh tidoq dengan lena sebab tak perlu jaga bubur tuh. Kalau nak letak sayur, ayam, ikan  masukkan je sekali dengan beras dan air tuh kompem empuk dah even carrot yang keras tu. Saye gunakan slow cooker ini:

ihsan pakcik google gambar a bit blur sebab pixel pecah..

This slow cooker (Pensonic) ade 3mode of cooking, Slow, High, AutoShift. Saye selalu gunakan Slow Mode takes 4-5hours to cook so juz nice la sebelum tido masuk beras + air, bangun tido dah masak bubur tuh. Kalau guna High takes 2hours only to cook. Takleh guna untuk weekdays maunye kering air bubur tuh. Autoshift tak pernah guna...hahahha. Kate hasbenku autoshift leh automatic tukar dari High ke Slow masakan tu.

Selain bubur Myra dah makan roti2 dah..Sebenarnye kalau disuap ape pon Myra telan jek...Suap jajan pon makan gaknye..Tapi sebab mak die ni strict, so die makan je lah ape yang mak die suap..ekekekeke. Ok lah tu saje info kali nie..Babai*

Notakaki:
1) Jajan = Cekedis = Snacks.
2) Puree sayur dimasukkan lassttt sekali bila bubur dah hancur bukan di awal2 yer. Kalau carrot yang belum buat puree tu ok la sebab keras..kalau sayur2 lain macam bayam contohnye masukkan akhir sekali about 15minit sebelum diangkat untuk mengelakkan kehilangan vitamin sayur2 tu.

Thursday, April 21, 2011

Anda Kene Tahu Citer Lepas Bersalin Ni

Okeh i really luv this entry made by one of blogger...Sangat berilmiah biarpun bahasanya ikut sedap die. Suka die la kan dah blog die...hahah. Okeh bagi sesape yang tak kenal Aidid Mu'addib sila lah jenguk belog die. Well, die bukan anti-MLM semata okeh dia adalah seorang Doktor...Orait bukan nak citer pasal MLM kat sini tapi nak citer pasal nie. Bak kate Aidid, orang dok pikir je sakit mase bersalin, lepas bersalin korang tak nak tau ke ape jadi? Mari kita bace entry di tulis Dr Aidid, based on pengalaman nye sendiri...I loike!!

Aku rasa masa korang kecik-kecit kemetot dulu, korang sure tak kan pernah terfikir benda ni. Al-kesah yang aku nak ceritakan ni la. Ah... masa kita kecik, apa yang kita tahu pun kan? Dah besar sikit, start masuk sekolah menengah, mula la sekor-sekor nak tunjuk belang. Emak-bapak pun ada yang dimusuhi kengkadang - dan permusuhan sebegini pulak ada bermusim-musim. Most teens knows that it's wrong, but they still do it anyway. You know... rebelling. Suka melawan emak-bapak, mengalahkan hero... walau pun sebenarnya perangai begini sememangnya haprak gilabab, macam cipan. Pehal cipan pulak? Seriously bang? Cipan? As in tenuk... tapir... Tapirus indicus? It's a figure of speech la bro.

Anyway, masa remaja aku sendiri ada meninggi suara pada emak atau ayah aku... that's why aku celoteh benda ni tadi. Sure, I admit it... kengkadang pernah ada rasa marah pada mak aku. I dunno about you people, but as a teen, I was a brat. "Parents just don't understand", begitu la kira-kiranya. Bila mak aku marah, aku mesti melenting balik, becos aku rasa tak fair. Abang dengan adik aku tak kena marah pun (semasa tu... tapi masa lain, dia orang kena jugak). Walau pun, yang sebenarnya buat salah memang aku pun. Budak remaja, mana ada nak mengaku salah? Budak remaja dah sememangnya cilanat. There I admit it.

Form 1, aku masuk sekolah asrama. Jauh dari kampung, anak pertama yang dapat sekolah asrama... Shoot! Anak orang kampong (sori... dalam daerah) yang pertama dapat masuk sekolah asrama yang satu tu. Sekolah paling berprestij seantero Malaya. 5 years there, some of the best times in my short life then... or even now. I still missed the good ol' days, to this very day. Anyway, kengkadang masa kat sekolah asrama tu, ada jugak aku sengaja lambat balik kampung. Saja nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, buat perangai la, kacau awekz la, ntah apekejadahnya lagik la... sedangkan orang tua tu dah menunggu kat rumah, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2 - 3 bulan sekali. Sekarang baru aku nak menyesal, tapi masa tu memang tak hengat dunia. Freedom... away from parents. Some of you may have the same experiance I guess. True or not?

Abis form 5, dapat result OK - Fiziks A1, Chem A1, Biologi A2, lain-lain subjek hancus... HAHAHA! Siyes! Dapat masuk U, buat degree engineering, majoring in motong gotah - no laaa, just joking. So, aku masuk universiti, tapi masih tak sedar diri jugak tu. Aku rasa aku sedar yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat... maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia... jauh sekali. Dah besar panjang la katakan... menyombong.

Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu... akhirnya wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya kedua-dua orang tua tu. Mengelenang air matanya... both of them. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udah la belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi.... tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, daripada dihantar kemudian hari). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.

Satu malam selepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan, kengkadang mendengus, kengkadang mengerang-ngerang, masuk labour ward, yang mana aku sambut kehadirannya dengan semangat kental dan mengantuk like crazy. Start kerja 8 pagi... and it went on and on and on... sampai la waktu midnight tu. Mana tak mengantuk. Aku periksa, baru 5 cm. Tahu apa maksud "5 cm"? Pintu rahim baru nak bukak, dan saiz bukaan serviks baru 5 cm diameter (max 10 cm - ready to deliver). Kasi cucuk bontotnya dengan enema 2 bijik, berkejaran la ibu tu pegi toilet, kasi semua berak dia keluar. Kalau tak, kok mandi bergelumang taik pulak anaknya yang akan keluar tu nanti.

Selepas 3 - 4 jam, akhirnya serviks pun dilate 10 cm (a bit fast actually) dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primigravida" ni. Meaning, anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown hijau tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse. Nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan/midwife yg dah 40-an, dia org lagi cekap daripada kami yg baru masuk service ni. By that time, dah 4 pagi, dan masih belum tidur sejak 20 jam sebelum tu.

Jadi, pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya ke bawah peha - assume the position. Malu ka? Korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia daripada dia mengangkang depan aku. Dia dalam kesakitan, pinggang bagai nak patah, vagina bagai nak koyak. OK, seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat serviks, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu. Dengan jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu, suara aku pun keluar gak. No choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Walau pun tak sure, tak confident, tak experienced, kena perasan confident jugak. Kalau aku tak confident, ibu tu lagi tak confident nanti. Kalau tak buat begini, nahas lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak, memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu vagina) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy" - iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah, abis nanti koyak ke anus, dah satu hal pulak pompuan tu nanti problem berak bolos kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol. Terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala bayi yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu, tiba-tiba ada mamat psycho baru pandai shave misai, potong dekat 2 inci daging kat teettt... jeritnya.

Phoosh! Muncul kepala baby, what an ugly creature. Korang tahu tak, most babies are born real ugly. Termasuk aku, termasuk korang tu semua. Bila dah besar dalam 3 hingga 6 bulan baru jadi cute. Lepas tu stay cute sampai dalam 5 - 6 tahun gitu, dan kemudiannya yang cun kekal cun, yang ugly akan menyerlah ke-ugly-an nya selepas tu. Lelaki ke, perempuan ke... sama jek. Hey, come on, I'm being truthful here. Ada sesetengah manusia tu cun, ada sesetengah yang lain (macam aku ni) ugly. Anyway, berbalik cerita ibu yang nak bersalin tadi - aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas. First time aku tengok orang tarik kepala baby, aku memang tak percaya itu caranya baby dikeluarkan. You know, you pull on the head as hard as it is permissible, dan baby itu akan tergantung sekejap macam orang kena hukum gantung. But, no worries, semasa kita lahir, tengkuk kita very strong. Lepas aku tarik tu, baby tu tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan pastu terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit. Korang ingat masa korang lahir, tak kena taik mak masing-masing ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Bila tengok mak kau tu, cuba fikirkan perkara ni. Anyway, tali pusat dah dipotong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat. So, settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi, tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan macam kejadah, dan memang berbau hanyir. Itulah bau daging manusia, dan bau darah - mixed together. Segar dari ladang!

Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi kat peha ibu (syntocinon/pitocin, synthetic oxytocin yang gunanya untuk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi. Tapi lepas 1 - 2 minit, aku perasan banyaknya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina, aku tengok luka episiotomi tu takde la banyak sangat berdarah, tapi nampak darah sebenarnya keluar daripada dalam vagina. Kat atas lagik. Seluk punya seluk, tengok punya tengok, tu dia, dinding vaginanya koyak 2 - 3 tempat. 1 - 2 inci punya luka. Darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, and it was 4 am in the morning. Oh man! I was dead tired. Clamp dulu dgn artery forcep. Mungkin 4 atau 5 forcep kut aku pakai. Lepas berjaya cari bleeder, baru la darah tu stop. OK, break sekejap.

Aku rasa, semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tengah nak keluar. Tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak? Luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit, mahu berpuluh kali jahitan tu. Dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dengan jarum tu. Bagi bius/local anaesthesia pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam. Baby nak keluar tadi ambik masa 5 - 10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku. Lantak ko la dol apa ko nak buat. Dia dah tak kose - janji baby nya selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak, luka yang aku potong secara sengaja tadi tu. Ingat, aku ni belum banyak pengalaman, tapi kena harungkan jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje, herut-merut... nobody cares. Dah pukul 4 pagi, mana ada specialist atau senior MO yang nak check, jadi kira selamatlah tak kena marah atau suruh buat balik. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu, "saya dah jahit rapat-rapat kak, darah dah stop, nanti kalau dah abis pantang, dan suami kata nape barang baik tu rasa macam baru kahwin dan macam masih takde anak lagi, jangan lupa hantar poskad terima kasih". Kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke palat aku. Ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke.

OK, settle la satu perkara. Dan malam tu, in total, aku deliver 3 atau 4 orang ibu kat labour ward. Aku dapat tido pukul 6 pagi, tapi kena bangun pukul 7. Ada ward round... bloody ' e... never mind. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni, benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yang diharungi oleh setiap ibu yg bersalin - nothing special.

Eh... betul ke tarak apa-apa special? Sekarang bayangkanlah setiap anak (korang la tu adik-adik oi!) yang membaca al-kisah ini - apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap daripada korang, begitulah ceritanya macam kat atas tu. Tak kesah la kau tu sapa. Orang kaya, orang miskin, minah cun, balak perasan tak keruan, pengamal MLM tak sedar diri - itulah ceritanya lebih-kurang... malah ada yang lebih teruk lagi. Malah ada yang lebih malang lagik. Tapi, memandangkan ko tengah baca cerita ni, maknanya emak ko survive memberanakkan ko la kiranya kan? Cuba bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu. Cuba ingat muka mak kau kat rumah saat ini - dan cuba bayangkan muka tu tengah dalam kesakitan. Cuba bayangkan dan dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal yang ko sikat setiap pagi tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami semasa daging dan kulitnya dijahit. Dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban. Ingat ada ibu yang kesahkan bau air ketuban ke? Ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu dalam dunia ni, anaknya itulah benda yg paling berharga. Orang lelaki sapa pun tak akan dapat merasa pengalaman ini. Harga diri anak yang baru lahir tu lebih berharga lebih daripada emas... percayalah.

Jadi, pada sapa-sapa yang pernah menyombong pada ibu masing-masing, pada yang pernah meninggi suara pada ibu masing-masing, pada korang yang pernah cari alasan untuk menolak permintaan emak masing-masing... think about this please. Pada sapa-sapa yang dah lama tak call emak korang tu, tu ha masing-masing ada handphone mahal ribu-riban. At least, cuba telefon dan cakap - "mak, thank you". Kalau dia tanya kenapa... cakap, takde apa-apa, saja-saja nak cakap "thank you".

Pesan aku ni - sebab aku sendiri pernah buat salah yang sama - lepas ni jangan sesekali derhaka pada mak kau. Yes, that advice includes me. Meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu, cari jalan macamana sekali pun, kotakan cepat-cepat. Whatever she ask. Takde duit, carikan duitnya (tapi, jangan la duit menyamun, merompak atau duit MLM/SP - this is YOUR MOTHER, man! Fikir jangan pakai kepala lutut beb). Kalau bukan perkara yang memerlukan duit, carikan jugak apa saja yang dia nak, kasi dia happy. She deserved more than anything you can ever provide in this world right now... but try the best you can anyway. Takde satu benda dalam dunia ni yang antara kita semua boleh lakukan, yang akan sama dengan pengorbanan dan kesakitan yang ibu kita pernah alami semasa dia melahirkan kita ke dunia ini. After all, syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Is that a metaphor or is that for real?

Anyway, my dear reader...

Why don't you pick up the phone and call your mother.

Yes, now.

P/S: I'm celebrating mother's day... any day I choose.

I just called her. She sounded chirpy...

Lightning Crashes

Lightning crashes, a new mother cries,

Her placenta falls to the floor,

The angel opens her eyes, the confusion sets in,

Before the doctor can even close the door.

Lightning crashes, an old mother dies,

Her intentions fall to the floor,

The angel closes her eyes, the confusion that was hers,

Belongs now, to the baby down the hall.

Oh now feel it comin' back again,

Like a rollin' thunder chasing the wind.

Forces pullin' from the center of the earth again,

I can feel it...

Lightning crashes, a new mother cries,

This moment she's been waiting for,

The angels open her eyes, pale blue colored iris,

Presents the circle and puts the glory out to hide, hide.

Oh, now feel it comin' back again,

Like a rollin' thunder chasing the wind,

I can feel it....

I can feel it....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu ler citernye dek non...Kelakar ade touching pon ade gak kan...

Sangat suka tulisan beliau ini...Walaupun dia adalah LELAKI, tetapi tak semua lelaki dapat menghayati penderitaan melahirkan anak except that: (1) lelaki tu mengadap bini die mase bersalin atau (2) lelaki itu adalah doktor yang sambut baby (MO) dan Gynae/Obgyn. Tapi ade gak jenis lelaki yang tak reti nak insaf dan menghargai kaum wanita. Den nak tepek kat Notes FB dan tag nama budak kg aku yang claimed " Pompuan ni lemah sangat..Bukan sakit sangat pon.Beranak tu macam Sembelit Jer " Kalau mase die cakap tuh die ade depan aku, dan ade air kopi panas memang aku simbah muka die laju2. Macam sembelit ko kate...Ko tak tau hazabnye bini ko tahan perit kene jait lepas beranak kan anak ko even die amik epidural bro... Sian kat bini ko dapat laki tak de keinsafan macam ko. Mak ko mesti sedih ade anak lelaki tak reti berterima kaseh macam ni.

Nota Kaki:

Saye tak de edit2 entry beliau nih...mane yang sensored tuh ampun maap la yer...Sebenarnye saya pon tak tau ape yang doktor buat lepas Myra keluar, when is the right time nak buat episiotomy tuh. Dari entry beliau ni lah sy tau sket2 sebab die ceritakan from A to Z proses melahirkan itu...Dan sy sendiri tak penah pon terpikir pasal pascanatal tuh. Ape berlaku lepas bersalin tak amik kesah...Bak kate Aidid lantak doctor la nak buat ape..Hmm..teringat ritu mase bersalinkan Myra, Dr.Siti gtau sy ketumpahan darah sket..gaknye macam yang Aidid citer ni lah kot..Part jait tuh seb baik ler gynae sy jait cantekkk punya. Kalau doktor pakar pon jait herot berot memang ler nak kene saman..hukhuk.

Sebenarnye ape yang Aidid citer nih kira common case, belum lagi citer kes2 mencemaskan mcm kene vacuum (Myra dilahirkan via vacuum assit), belum citer kene procep nak kuarkan baby, belum citer yang dah fully dilate tetiba kene emergency csect sebab baby dah lemas and so on (rase sakit bersalin normal dan cser)...belum gi citer ibu yg menyahut panggilan Illahi tika melahirkan..sob..sob...kasihnya Ibu tiada bandingannya..Erkk sudah2...den bikin orang2 takut nak bersalin laks. Uhuiii!

Wednesday, April 20, 2011

Myra Pegi Birthday Party Kawan

This is few piccas Myra ketika kami pergi ke birthday party kawan Myra, Arraz Rizqy pada hari ahad lepas..si Arraz adalah anak kepada National Footballer dan Pemain Bolasepak Selangor. Daddy die namanye Razman Roslan, defender dan midfielder kepada pasukan sepakbola...kenal tak? tak laah sefemes Safee Sali tapi selalu jer muncul kat tv...Ni haa...

Yang ke-2 dari kiri tu lah daddy arraz..Eh sy kawan ngan retis gak tau...miahahahah

Sebenornye saye tak rapat gak ngan Man, tapi wife die adalah skulmate saye...Puan Ozy..kami sekelas mase di sekolah menengah dulu...Ozy ni dulu terejal, suka tido lam kelas, suka lawan cikgu tau..Tapi she was totally changed bila dah berkahwin dan punye anak, daripada rambut kaler2 dulu sekarang dah bertudung..daripada huhahuha dulu kini sangat arif tentang penjagaan baby..Sungguh tak sangka Ozy akan berkahwin awal dan matured begini sebab dulu memang die lain sangat! Baik dari segi dress up mahukan tingkah laku...

Dat is Ozy yang bertudung putih with Arraz and her sisters...
Orang jemput datang kul 3 kami datang nak dekat kul 5...hukhuk. Kemain suka hati lagi kan...Ni picca anak dara saya...Ramai cakap die tak macam 7bulan macam dah setahun jek...
Kemain lagi die melaram kan...Mummy punya keje laa...anak gegurl katekan...

Myra si Pipi Labuuhhhh...Yer dia macam iguana kejap putih kejap gelap...weehuuu

Anak Dara Mummy...

Mummy nak interframe gakk ler...sipi pon jadikk..ekekeke

Thursday, April 14, 2011

Chilled Caramel Cheese Cake

Okeh disebabkan ramai plak yang tanye resipi nak buat cis kek takyah bakar ni..so saye pon watla entry nih.sorry kepada sesape yang lame menunggu resipi nih coz im so busy, attend course 2days @ ParkRoyal, topup internet habes la memacam..So as im promised, ni resipinye ok...

BASE:

110g digestive biscuits, crushed into fine crumbs
60g butter, melted

FILLING:

250g cream cheese, soften at room temperature

60g caster sugar (i lessen it to 50gram only takut manis sangat)

135g non-fat plain yogurt

140 ml whipping cream

1 1/2 teaspoons gelatin powder (brand Nona ada tanda halal JAKIM..hati2 yer banyak yang non-halal)

4 tablespoon hot water

1 tbsp perahan lemon

Cara-caranya:

1. Untuk base, cookie crumbs tu digaulkan dengan melted butter. Pastu tekankan sampai padat dalam bekas. Sejukkan selama 30 minit sampai keras >> (gunakan loose based tin/spring foam)
2. Dalam mixer, pukul cream cheese sampai dia jadi creamy warna putih (dalam 2-3 minit), add sugar dan mix lagi sampai sebati (dalam 3-4 minit gak).

3. Pastu masukkan yogurt, dan continue mix (dalam seminit).

4. Larutkan gelatin dalam air panas (jangan berketul), pastu masukkan dalam mixer sekali dgn adunan tu.. Tambahkan sedikit perahan lemon untuk kurangkan muak. Masukkan whipping cream last sekali. Kaup balikkan sampai rata.

5. Tuangkan atas base. Sejukkan at least 4hours.

6. Untuk topping, spread kan ganache choc dan letakkan caramel topping. Boleh jugak letakkan filling2 pilihan macam strawberry atau blueberry di atas cis kek kalau tak suka ganache choc.

*Chocolate Ganache:
200 dark chocolate, melted with 1small box of fresh milk (tak ingat bape ml) + 50 gram butter. Cairkan guna kaedah double boiling then masukkan minyak jagung, kacau. Sejukkan dalam chiller.

*Caramel Topping:
1/2 cup brown sugar + 1 cup wipping cream + 1 tbsp butter. All cook together.

Monday, April 11, 2011

Brownies Lapis Cheese

Teringin sangat nak mencuba resipi nih! So semalam telah merajinkan diri membuatnya.
Sangat senang, dan tak yah bakar kukus jer. Well saye kalau resipi takyang bakar2 nih memang laju je okeh.

Tekstur atas tak rata kaedahnya adunan dah sampai penutup steamer..tapi tak menjejaskan rase..ihiks!
-
-
-
-
-
-
-
-
dan lagi...
-
-
-
-
-
Baru potong...kek ade comots sket sebab takde kertas minyak, daku pakai aluminium foil..tak kesah, janji sodap!

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )

*500g campuran brownies kukus
*4 biji telur gred B
*75ml minyak masak (jadikan 85ml..sukahati)
*200ml air
*5g baking powder (1 sudu kecik)
*5g soda bikarbonat (sama)

**inti cream cheese**

250g cream cheese
60g gula castor (kurangkan jadi 50g ja)
1 biji telur gred A
25ml air (saya jadikan 50 ml biar banyak sket inti nye)

nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)

Cara-cara

campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 5 minit

**untuk inti**

campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang

kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)

##cara lapis##

masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus dengan api besar selama 15 minit (i dun have kertas minyak, pakai aluminium foil ja..ihiks)

masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg

masukkan baki brownies kukus,kukus selama 15-20 minit..

**Saye cuma ade loyang 8" ja tu pasal brownies tu nampak tebal. Kalau tak tipis sket hasilnya. Telur semua pakai gred B sebab tu jer yg ada.
** Jangan lupa tutup penutup steamer dengan kain yer. Selamat mencuba!

Sunday, April 10, 2011

Myra First Sit On Her Own & Start Crawling

Sila nikmati gambar di atas sampai meleleh air liur.
Alhamdulillah, di usia anakanda 7bulan sudah banyak yang anakanda ku pelajari...Sebenarnya gambar ini membuatkan mak Myra ni bergenang air mata di dalam Isetan, The Gardens. Hah hamek ko laki jaga anak, ko pegi sopping kat The Gardens! Huuuu TERHARU, terhari, okeh! Daku tak tau nak cakap ape bila incik somi tag gambar ni dalam fesbuk and i can only saw the picca thru BB. Rase nak balik gak time tuh gomol2 Myra bambam sungguh tak sangka okeh. Sebabnyee...kami tunggu2 Myra merangkak, tepat2 die 7bulan die merangkak suda...tak expect sungguh dia akan pandai duduk di bulan yang sama. 
Gaknye satgi Myra mulakan langkah pertama berjalan ade yang aku meraung kat opis (kalau bapak die tag gamba lagi kaedahnya bapak dia orang pertama yang witnessed that moment).

Tu salah satu sebab gak, tak puas hati okeh bapak die orang pertama yang nampak. Sape suruh ko gi jenjalan lagik. Mak Myra gi jenjalan atas izin bapak Myra tau nak temankan mak buyong Kak Izan cari barang baby tah ape lagi yg tak cukup tuh. Incik somi ade hantar BBM ghopenye tapi kerana BB ku bisu so lambat baca BBM sudahnya dapat tau di fesbuk. Pehtu kawan aku awal2 dah komen gamba yg die tag. Keji tauuuu! mak Myra lambat tengok. Eeee harus pastikan Myra pandai melangkah karang haku yg tag gamba kat ayah die. Miahahhahahahah

NOTAKAKIKU: Abaikan yang bersangkut2 kat kerusi dining tuh. Tu keje laki gue...angkat baju letak sinun. Eh Myra nih kulit die macam iguana, kejap cerah (bukan putih okeh) kejap gelap. Tengok tuh muka cerah tangan kaki golap macam bapak die. ehh!

Friday, April 8, 2011

Adab Nursing In Progress (NIP)

Pertama-tama kalinye saya ingin memohon maaf jika entry ini a bit controversial...Ini cuma pandangan saya sebagai seorang wanita dan ibu...Ini berkenaan adab NIP atau pun menyusukan bayi/anak di kawasan public...Begini alkisahnya, semalam saya pergi ke Mid Valley bersama beberapa rakan. Rasa-rasa lapar kami ke Food Court di tingkat atas dekat Cinema tuh. Sedang mencari-cari tempat duduk, saya terpandang seorang wanita Melayu bertudung, berbaju tutup aurat lengkap tapi tetiba saya terpandang breast dan aerola nye yg gelap kerana die sedang menyusukan anak. Suaminya pula duduk disebelahnya. Pada saya sangatlah tak manis sekali pemandangan itu. Seperti saya pulak yang malu.

Niat sudah baik, untuk menyusukan anak tapi kalau breast sudah jadi tatapan umum dengan ramai orang di Food Court tu ape ceritanya? Tak malu ke dok tayang breast nampak plak aerola...No excuse tak perasan sebab dah name pon nursing kat public tutuplah dada paling senang dengan tudung, atau pun banyak nursing cover jual kan. Orang pon faham tengah makan tak boleh ke nursing room tapi banyak lagi alternatif lain. Paling tak boleh terima chinese lady dalam 30-an duduk sebelah saya juga sedang menyusukan anaknya tapi die tutup dengan shawl ! Suami si Malay lady pula takkan lah tak perasan awak tu dok kat sebelah, kalau laki aku dah tentu aku kene laser awal2 dah. Pakai tudung tapi tunjuk breast molek ke? Molek ??

Seperti juga beberapa rakan yang tayang gamba NIP dalam Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM) di Facebook tuh. Hati-hati yer...jangan gambar kita dengan asset hak cipta 'terpelihara' tuh jadi tatapan umum..memang KIM khas untuk perempuan tapi lelaki juga boleh bukak KIM tuh. Contohnye kalau suami saye sesaje login FB dengan ID saye die pon boleh bukak KIM. Atau sesiapa saje boleh view KIM tu. Jangan kerana niat yang baik tapi kita dapat dosa...Itulah yang dinamakan Niat Tidak Menghalalkan Cara...Fikir-fikir kan....'Selamat Beramal'  ^___^

Wednesday, April 6, 2011

Mencik !

Minggu nie saye asek lambat je datang keje...LRT problem lah, jalan jammed tak hengat yang membawa kepada kelambatan hambe.Tensi...Mencik!

Pagi tadi suda berkecil hati ngan hincik somi. Mencik gak!

Pehtu dahla lambat sampai opis, tetiba bos HR tercongok depan pintu lift. Seb baik dengan bos sorang ni leh wat lawak2 bodo..maunye bos aku Level 2 tu yang kat depan lift, aku nanges depan die wat drama agak2 die jadi marah tak?

Oleh kerana Bos HR ni kita namekan die En.Rahim (bukan nama sebenar) tegur aku mase hati tengah emo kene sejibik la die. Padan muka dia suka sakitkan hati, kenekan orang tau. Eh terer nye aku lawan2 bos nih. Argh lantak la sape suruh tegur aku di pagi yang emo. Tak kira die bos ke ape sebab appraisal aku bukan die yang rate. Bos Level 2 gue yang rate. Tapi bos HR ni rate tardiness, halamakk minggu ni suda bape kali tah sampai lambat. Kan best macam Public Bank working hours flexible, datang cepat balik cepat datang lambat balik lambat yang penting cukup 8jam. Ni kene kejar2 ofis hour..Mencik!

Arghh siapla kalau tardiness dijadikan issue yang penting keje aku siap dengan cemerlang, product keluar, keje siap meet dateline. Lagipun muka aku ni selalu stay back kat opis even datang lambat. Eeee En.Rahim spoiled my day! Mencik bos muncit, rambut keriting putar2...seb baik muka lawak kalau tak memang bos ni kene laser api la pagi tadi. Muka die lawak sangat nak laser pon tak sampai ati. Ahaksss..Tapi sungguh tak sangka aku senekad itu. Cenggini tengah die bebel2 ape tah dalam lift tuh dah sampai tingkat department aku, aku blah jer. Boleh gitu..sebab aku rase macam angin lalu je ape yang die cakap tuh. Ihiks!

Tapi kalau Bos Department aku yang tegur, maunye tunduk je jadi padi masak ranum. Tak berani wooo ko betul pon diam jer, ko salah lagi lah diam tak yah nak jadi Ultraman poyo2 nak jadi berani. Dia yg rate appraisal, KPI die jugak yang tentukan bonus. Sila jadi staff paling comel di depan die okeh.

Hari yang memencik-kan.

Tuesday, April 5, 2011

Relaktasi ??

Pon....Pon...tepi2 kereta ai nak lalu nih...ekekekeke

Dear mommies dan kawan2 ku, nak citer sket tetiba kan sejak beberapa hari yang lalu sy sangatlah teruja coz tetiba B iols memproduce kembali susu...wakakakaka sukeeeee! Tak banyak but still ade...so i was thinking that i can start doing relactation process...Memang ia sangat mencabar but better try than never right?

Ku suakan jugak lah B kat Myra ado ke die nak?? Nan ado...Die wat muka pelik ado lah...Pehtu ditepis2 nye tangan ku bila ku tolak muka die ngadap B. Sabor je laaa...Takpe2, even die takmo direk pon mummy leh pump. Masuk botol sumbat mulut die, die bukan tau pon die bedal jer...wakakakaka (Feeling2 susu lebat kembali kan...)

Japgi nak merambu gi Carefour Midvalley nak cari Fenugreek Chocolato...Plus nak consult Kak Hana,dan akak2 seniorita MBfPC.

Monday, April 4, 2011

Caramel Cis Kek + Nasi Daging Asam Kerisik

Nak hapdet sekitar sambutan Ulangtahun kekanda hamba..ekekeke...Sy tak masak beria pon juz buat Nasi Daging + Air Asam Kerisik ngan Caramel Cis Kek..Teruja...Teruja sebab 1st time neh wat cis kek menjadi uolss! Sukaaaa...paling gumbira sebab hubby cakap sedap makan ulang2 lak tuh...Hubby ai nih memang pengkritik tetap uols so kalau die kate xsedap, no hard feeling okeh but kalau die kate sedap tuh, ehem..ehem..paham2 sendiri lah yo maksudnye....

Okeh ni sekitar makanan2 hasil air tangan iols...

Caramel Cheese Cake...

Nasi Daging Air Asam Kerisik...

Hamiikk uols besaq2 punye daging iols letak k..Biar gumuks, Puas makan...huahahhah

Untuk resipi Nasi Daging nih sila lah cari dalam label resipi belog ai nih..Untuk resipi cis kek, by request sajork..kalau ramai yang tanye ai letak la dalam belog nih okeh...Owh ye cis kek nih tak bakar tau chilled saje lam esbok.

Sambutan Ulangtahun Hubby sangat lah informal...sape datang...makan, ikut lah tetamu nak serbu umah kami kul bape..yang datang adik-beradik jer..kakak ku dari Perak pon datang..Thanxx sis! Nasi Daging feberetku dan hubby, cis kek adalah feberet hubby..iols tak suka cis kek, muakss ku suka coklat, vanilla cake jer...yang tradisional dan basic cake...Hidangan lain ku goreng nugget dan potong buah2 jer suda...Ala kadar je lah...Chiaww...

Saturday, April 2, 2011

Breastfeeding Issue...

I was dragged to make this entry when i read my alam maya frens entry...Wina and Krsty. Beberapa hari lepas sungguh hangat di FB membicarakan seorang wanita Ro******@N*** yang menghina ibu2 yang tak dapat memberikan susu ibu kepada anak2 dengan memberi ibu2 ini gelaran CACAT. Many mommies yang bashing her, kesian juga ada sebenarnya dan N juga suda memohon maaf tapi itulah pepatah melayu berkata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa...

I am one of the so called 'cacat' yang N*** claimed lah kalau macam tu coz saye pon tak dapat memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak. Betul cakap Wina, for those ibu2 yang tidak menghadapi sebarang masalah susu, rezeki mencurah2, mungkin mereka tak terasa dan menganggap kata2 wanita ini sekadar agak keterlaluan sajer. Mungkin menganggap kami yang keterlaluan, terasa lebey, emosi dan sebagainya pabila membalas kata2 N tersebut. Tapi bagi kami yang perlu melalui perjalanan sukar, kata2 N yg sebegitu bagai menghiris-hiris hati...But, bila saye pikir2 balik betul kata Krsty, menyusukan anak ini sepatutnya bukan untuk me-riakkan diri apatah lagi mengikut trend. Perlu di ingat sentiasa, susu yang diberikan pada anak itu adalah anugerah Allah, nikmat Allah, rezeki Allah bagi..takut pabila ter-lalu riak bila-bila masa saja Allah boleh tarik kembali.

Jadikanlah pengalaman menyusu itu sebagai satu anugerah, nikmatilah anugerah itu sepuasnya, jangan mahu menghina dan mempersoalkan kemampuan orang lain. Jadikanlah pengalaman menyusu itu sebagai pendorong dan semangat kawan2 lain dengan cara yang paling tarbiah. Kata-kata anda yang anda anggap biasa2 saja mungkin amat mengguris hati orang lain apabila 'malas', 'tak cuba', 'tak sayang anak bagi susu formula' dan lain-lain. Ada juga yang bercakap, ape la bagi anak susu lembu, manusia bagila susu dari manusia, nanti anak bijak bagi susu ibu, IQ tinggi tapi saya juga ingin mengatakan yang saya hanya sempat merasa beberapa titis susu ibu kenapa saya juga boleh berjaya? Boleh sampai ke Universiti dan dapat kerjaya elok. Saya suka sekali kata2 Kak Hana Seman jangan sentuh pasal IQ apabila ingin membuat kempem susu ibu kepada public kerana ia perkara sensitif, tapi terangkanlah yang menyusui anak ini dapat mengelakkan kanser ovari dan kanser payudara, bina antibodi anak lebih kuat. Yer itu yang tepat sekali.

Memang tak dinafikan, susu ibu memang dapat merangsang IQ anak tapi perlu lah ingat perjalanan kita masih panjang bukan sekadar menyusukan sahaja. Tugas kita mendidik mereka menjadi anak yang soleh, jadi orang berguna, taat perintah agama, Sekolahkan mereka setinggi mampu yang boleh, bagailamana pula? Adakah didikan kita betul dan cukup buat mereka? Semua itu hasilnya hanya dapat dilihat berpuluh tahun lagi..Hasil didikan hanya dapat dilihat setelah anak melangkah keluar dari rumah dan membina hidup mereka sendiri..bukan dengan hanya 2tahun pengalaman menyusui saja..jadi Fikir-fikir ler sendiri...Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada...
~Watch Out Your Words...~

Friday, April 1, 2011

Hubby's 31st Birthday Celebration...1

Okeh im not a romantic type of wife yang akan buat delivery bunga or chocolate or whatsoever..My hubby pon mesti akan cakap membazir je syg ni baik kita pegi makan best2..haaa so dats why la saye tak de daya nak call blooming.com and buat delivery all those birthday gift. BUT, i will definitely cook for my hubby's birthday celebration...not party ha..takde party2, makan2 sajer...His birthday was actually on last Wednesday, i just wished thru text and FB because he's on duty..night shift. So tomorrow morning nye juz give him a wish again and kiss pipi sebelum gi keje. Awwww! Mwahahahha..

Tak sempat lagi nak memasak best2 coz saye keje, so tomorrow (saturday) plan nak celebrate a little bit..Saye nak buat Nasi Daging Kerisik, Cheese Cake Caramel or Brownies Cheese Cake (whichever yang lebih senang la), and Makaroni Goreng saje kot. Tetamu adik-beradik hubby dan kakak saye sajer..yang dekat2 je lah..Plannye PIL nak datang gak but last minit cancelled coz FIL ade majlis ape tah kt kampung...Penat ai berkemas sampai kul 2pagi tawww.Hukhuk...Hihihiiii

So nantikan kemunculan cis kek pertama buatan tangan saye sendiri okeh...HeeeHuuu

Semoga Suami Terchenta Dipanjangkan Umur, Tetap Iman, Jage Ibadah, Dimurahkan Lagi Rezeki, Dan Diberi Kesehatan Yang Baikkkk...Luv U MuahhhMuahhh...

Dadaaaa!