Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Tahniah Kakak Nuha

Alhamdulillah....syukur pada Allah hari ni mami ayah dapat berita gembira. Kakak Nuha berjaya dalam Ujian Kemasukan Tahun 1 2017 ke Sek Rendah Agama Integrasi (SRAI) di Sekolah Tengku Ampuan Fatimah (STAF). Sekolah Integrasi ni hanya ada di Negeri Selangor dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor. Ada 9 buah sekolah integrasi kalau tak silap di seluruh Selangor ni. Dan syarat kemasukan ke SRAI terlebih dahulu perlu menduduki ujian bertulis dalam subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Bahasa Arab, dan juga ujian lisan dalam Bahasa Melayu English dan Arab. Kiranya kalau nak duduki ujian ni kene dah boleh lancar baca in both languages, boleh menulis dan mengira. Sebelum ambil ujian ayah dia lah busy cari buku soalan2 latihan dan buat exercise huhu. Mami tolong tengok jer sebab mami xboleh ajar..hahah. Nanti nak naik hangin je mami ni. Ayah dia sangat2 penyabar sesuai lah ajar anak2 heuheu. Soalan ujian pon tough tau. Mami mmg tawakal je lah part Bhs Arab tuh sebab kat LC pon

Perihal Balik Raya

Rentetan entry post kheyr hamid pasal turn balik raya ni...hakak pon ada gundah gulana dihati juga. Kisahnya laki hakak memang adil..memang ikut turn gilir2. Hakak pon sama takde isu pasal giliran. Ikut je turn dan bahagi secara rata cuti raya. Tapi yg masalahnya...sedikit jengkel lah bila asyik2 turn Melaka kami laki bini je balik. Yg lain2 balik rumah mertua...tsk tsk. Dalam 5beradik tu..xboleh kah 2org yg kat melaka..3org balik rumah mertua. Adik beradik hakak xde isu2 ni. Kalau ada sorang je family yg balik rumah mak..mesti akan ada yg sacrifice balik sesama. Penatttttttt okeh sorang2 kat dapo. Sedara mara dia pulak kalau datang berbondong2 berkereta 7-8buah skali datang. Gigil kaki sensorang kat dapo asek ulang2 basuh pinggan buat air hidang makanan. Adoyaiiii memang geram tau.  Pernah 2tahun lepas, fil operate kepala direfer ke HKL sebab brain tumor. Operation 4hari sebelum raya. Discharge hospital sehari sebelum raya. Disebabkan kesihatan fil belum stabil..raya

Ayam Masak Merah Jelita

Wahhh nama heheh. Tak tau nak masak apa untuk juadah buka puasa? Meh try resipi ayam masak merah jelita hakak ni 😊 Ayam msk merah *Ayam dalam 8-10ketul dipotong sederhana. Bersihkan letak garam kunyit sikit. Goreng sekejap jgn garing sangat *Cili kering segenggam *Bwg besar 2biji besar (sebiji utk blend 1biji lagi potong bulat utk hiasan) *Bawang putih 3ulas *Bwg merah 4-5biji *Kunyit hidup 1 inci *Lengkuas 1inch *Halia 1 inch Sos tomato 3sudu (kalau guna tomato puri kurangkan sikit) Sos cili 1sudu Susu cair setengah cawan Air asam jawa Gula kabung dihiris2 Garam Blend bahan* tumis bahan2 kisar sampai pecah minyak. Api sederhana saja. Masukkan sos2, masuk air asam. Dh mendidih baru masukkan garam gula. Rasa masam manisnya sebati. Masukkan ayam dan gaul biar sebati. Masukkan susu cair. Biarkan dalam 5min sampai pecah minyak lagi sekali. Taburkan bwg bulat dan hiaskan dgn kcg peas. Gaul sebati. Siap Sedap dimakan dengan nasi minyak, briyani, nasi carrot

Resipi Puding Milo Oreo Mudah Dan Sedap

Biasanya bulan Ramadhan ni kita mesti suka buat kuih2 pencuci mulut kan...nak beli tu memang lebih mudah..tapi selalunya hasil selalu hampa. Tak kene pada tekak sendiri. Puding Milo Oreo ni salah 1 kegemaran yg hakak akan buat di bulan puasa. Menu2 lain macam Nasi Daging Air Asam, Nasi Minyak Ayam Masak Merah dan Acar, Nasi Lemak, Soto, Roti Jala, Cucur Udang, buah melaka pon antara juadah2 favourite yg selalu buat dibulan puasa ni. Resipi puding milo oreo ni dulu dapat kat facebook. Mahap la dh lupa siapa empunya sebenar resipi ni. Rasanya resipi asal dr Dato Siti dia share kat IG dia. Ni Resipi nya..mudah aje... 12 gm atau 10 gm agar-agar serbuk ~ 1 peket 750 ml air 160 gm gula 400 gm susu cair 3/4 cawan Milo 1 bungkus Oreo ~ patah 2, biarkan dengan cream Masak agar-agar bersama serbuk agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan masak hingg agula larut Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan Milo Kac

Tips Khatan/Sunat Baby Boy

Semasa mengandung kan Nayl..kami memang berniat dapat baby boy kami nak ikut Sunnah dari tahnik, bercukur, Aqiqah, khatan. Nak khatan kan seawal 7hari sebab banyak manfaatnya. Lepas Nayl lahir..trus buat appointment dengan Dr.Razak KPJ Damansara, tapi hari ke7 tu lagi 2hari nak raya jadual Dr.Razak penuh. So xdapat la khatankan mase 7hari (dapat cukurkan dan Aqiqah kan beliau je). Buat another appointment so masa usia 34hari, Nayl dh selamat dikhatankan. Ada yg cakap2 kesian nanti kulit tumbuh balik yada2...mitos sangat. DR.razak cakap takpenah lagi ada patient dia dtg balik lepas few years sebab kulit tumbuh semula🙊. Takde kulit apa nak tumbuh nye de..habih dh dibuang. Kat Arab sana semua baby khatan mase kecik. Kalau amalan ni memudaratkan, takkan la Rasulullah buat. Taknak buat takpe..jangan momok kan orang dengan info2 yg salah. Hakak rasa sooo sick dengan komen2 orang lepas Nayl sunat tu. nanti kulit tumbuh balik, nanti nafsu kuat mcm org Arab😑. OMG!! boleh pulak fikir

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Korang nak tau...2hari lepas kan..unimates iols Ali Zulhusni buang tebiat pegi upload gamba hakak yg huduh buruk gemok kt FB dia . Ali ni memang bengong..tak tau la bila masa dia amik gamba curik tuh... dia kata mase tu ktorg nak pegi beraya rumah pipah tahun 2008. 2008 ktorg final year kat UIA. Umur 23 mase tu. Hampehh betoi la dah la upload kt FB dia. Kojaqq sangat tau😅 Ali, yana, pipah, dyan memang geng2 merambu zaman uia dulu. Alhamdulillah friendship still berkekalan until now..masing2 pon dah kahwin. 8tahun dh nohh kami grad uia. How time flies.. Gamba bawah ni la yg Ali upload kat FB😱. Ya ampunn malu okeh. Rasa nak jotos2 kepala dia. Kojaqq😭😭 (maap kn bahasa pasar hambe). Ye laa diakui mami nuha nayl ni dulu comot legam hitam gemok..hahahaa. Mujur lah ayah nuha nayl terima mami seadanya mase zaman comot nih. Makna nya ayah nuha nayl memang tak pandang rupa paras mase mencari isteri..yg penting hati baik...ewahh. 2008 tu kami dh bertunang. Mami cropkan gamba tu d

LoveBySisters. Business Sampingan

Kawan2 blog mami dan readers semua... Nak buat promosi sikit nih.. Jemput la tengok2 FB page LovebySisters ye... Kami jual tudung, shawls, blouse, Jubah dan Abaya cantik2. Heheh.. Ni Facebook page kalau cari tak jumpa.. Ni pulak koleksi2 terbaru untuk Hari Raya 2016 kami.. check it out ye! Jangan la tengok2 jer...jom order sekali😘😘

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Tak lama lagi kita semua dah nak sambut Ramadhan dah kan... seronoknya bulan Ramadhan ni...tak tau la kenapa tapi bulan yg ditunggu tunggu tiap tahun. Sebab bulan barokah kan..masing2 jaga tutur kata..jaga hati..jaga perlakuan..jaga Ibadah..calm je rasa gitu. Bulan Ramadhan jugak bulan istimewa sebab anak2 mami Nuha Nayl lahir pada bulan penuh barokah ni. Kebetulan juga kakak Nuha 20 Ramadhan, Nayl 21 Ramadhan😊. Sejak 3tahun lepas..mami dan kawan2 akan join group Tadarus untuk khatam Quran. Insyallah tahun ni kalau ada kawan2 nk buat boleh la buat lagi sama2. Kami akan try habis kan 1 juzuk 1 hari insyaallah habis Ramadhan boleh la khatam sama2. Tahun ni jugak tahun ke2 kakak Nuha belajar puasa. Tahun lepas nuha 5tahun ada beberapa hari dia tinggal puasa. Mami pon tak paksa dan tekankan sangat lagi..dia puasa pon sebab kawan2 puasa sama. Alhamdulillah la belajar2 sikit2 kan. Kawan mami ada upload carta ni untuk gunakan dalam bulan Ramadhan nanti. Bagus ni untuk galakkan anak2 puas

Pertemuan Mami Dan Ayah ~ Cinta Siber

Entry ni khas untuk Nuha dan Nayl...heheh. Kisah macam mana mami ayah bertemu..ececehh Mami dengan ayah kenal through internet. Haa zaman mami ayah dah canggih jugak tau. Walau takde Facebook lagi..kami cinta cyber jugak. Kenal dari chit chatting kat Yahoo Messenger (YM). Around 2003-2004 tu sebelum wujud dan femes nya YM.. yg femes zaman tu MIRC lah sebagai laman sesawang untuk chatting ni. Duduk la berjam2 kat cyber cafe. zaman2 tu memang merata-rata ada cyber cafe. Zaman kami dulu mana la ade broadband bagai dan mostly takde pakai laptop pon lagi. Ade pon komputer PC gedabak jer. Mase kenal ayah tu umur mami 21 tahun...ayah tua 5tahun umur 26. Mami masih belajar 2nd year kat UIA. Ayah dah kerja dah dekat The Star...ayah budak UTM course Mechanical Engineering. Nuha Nayl should be proud, ayah ni bijak. Mami jer tak berapa nak bijak...heheh. Mami memang takde boy friend mase belajar dulu.. Ayah la sorang je boifren mami. Maklum lah mami kan comot huhu... Sebagai pere

BBT, OPK dan Ovulasi

Okeh next nak cerita pulak pasal BBT, OPK dan waktu ovulasi. BBT tu korang dah faham kan camne nak mula... okay sekarang kita cerita pasal Ovulation Pregnancy Kit (OPK) ni dan kaitan nya dalam BBT. Secara generalnya...hanya dengan menggunakan BBT saja dah boleh detect ovulation day tu tanpa menggunakan OPK. Tapi...sebagai persediaan nak hamil...lebih elok la kita gu kan atau guna sekali OPK dan BBT bersama-sama. OPK tidak mengesan ovulasi tapi hanya mengesan kehadiran LH (hormon yg dihasilkan sebelum pengeluaran ovum) mana kala BBT pula mengesan hari ovulasi dengan lebih tepat. Tetapi sekiranya plan untuk hamil... elok buat OPK sekali supaya kita tak terlepas hari subur 'fertile window' untuk BD (bersama). Fertile Window & Cervical Mucus (CM) Fertile window biasanya 5hari dalam sebulan tapi hanya 1hari saja hari ovulasi iaitu hari paling subur. Jika kita boleh detect fertile window ni lebih mudah untuk kita usaha hamil. Selain menggunakan OPK...kita jugak bol

Aspek penting dalam BBT

Untuk buat BBT ni..benda pertama kene disiplin ialah amik SUHU. Maksudnya macam mana? 1) DISCIPLINE merangkumi 3 aspek:- - temping di waktu yg sama (dlm range) setiap hari - kedudukan thermometer yg konsisten - tidur yg cukup/lena minimum 3 jam **Contohnya setiap hari amik suhu pukul 6am..kalau trawal atau terlewat 30min masih boleh diterima (contohnya 5.45am terawal 15min atau 6.30 trlewat 30min still accepted) Kenapa penting amik suhu dalam range sama? Sebab semakin discipline kita temping, akan semakin accurate bbt kita.. **Siapa yang tak digalakkan untuk buat BBT ni: -orang yg asyik terjaga diwaktu tidur/tidur yg terganggu cth nya breastfeeding mom atau siapa2 yg ada masalah tidur sehingga tak cukup 3jam straight lena. - pastikan amik suhu setiap pagi setiap hari sejurus bangun dari tido (bukak je mata trus capai termometer dan start temping). TAK BOLEH temping selepas beberapa minit bangun tidur dan ada pergerakan yg banyak cth nya berjalan2/ke toilet dsb.nya.. ini

Why I Prefer BBT?

Hakak dh tulis dalam entry lepas kan hakak buat bbt sebab nk try conceive baby boy utk 2nd child. Ye lah mana2 mak pon mesti la ada keinginan nak anak sepasang tuh kan.. time ni kebetulan hakak ramai kenal geng2 TTC. Oh ye beza Nuha dan Nayl 3tahun ye. Tak la jauh sangat gap kan? Dah hakak habaq tadi kan..buat BBT sebab nak baby boy..bukan sebab jarak lame tak lame... huhuuuu. Sambung balik sorry banyak iklan pulak. So geng2 TTC ni mcm kelly, ma nora, kak cham ali, syl.diterajui oleh Kelly time tu. Mase tu kelly buat research sebab dia nk try ttc baby girl after having 2boys double D. Disitu lah startnye wujud BBT groub kt FB. Kagum sungguh dgn dak Kelly...memang bnyk gila dia study psl bbt ni..dan dia share apa yg dia tau kt org lain thru group tu. Kenapa iols pilih BBT instead of cara lain. Korang ade tau cari lain yg lebih scientifically proven ker nk aim gender bby nih...mihmih selain pemakanan, position (no filter sorry), dan berdoa. hakak ni jenis serius klu buat apa2.

Body Basal Temperature (BBT) Basic Info

Yuhuuu hakak datang lagi... Nak sambung topik BBT ni.. Okeh kita terus pada body content je lah ye..wahh mcm nak tulis thesis. Sebab apa hakak suka BBT ni? Hakak xtau la ade masalah fertility atau tak..rasenya hakak biasa2 jer..awal kawin takde la bunting pelamin..start buat BBT sebab hakak nak sangat conceive baby boy after having a girl. Disitulah bermula nya perjalanan BBT hakak...jeng jengg. Boleh ke BBT ni predict gender baby ni? Boleh ke bantu orang nak TTC? Mcm karut jerrrr. Kalau korang cakap camtu..dah sila out from my blog...wakakaka. malas hakak nak layan. Nextt... Apa yg diperlukan bila nak start buat BBT? 1. Kene ada body basal termometer (oral) atau apa2 termometer yg boleh detect suhu badan. Jangan pulak pakai termo yg baby guna tuh ye. Cari yg jenis letak bawah lidah sebab bacaan lebih accurate. Kalau org nak blaja dgn iols..Jgn tanye hakak jenis dan brand ni boleh tak. Tu boleh tak. Korang cari yg sebijik mcm hakak guna. Senang! Haha. Samada brand omron ata

TTC No.3 Body Basal Temperature (BBT)

Amboii tajuk entry gedik sangat...ekekekeke Ni sebab kheyr hameed dan kak ilot masing2 update belog la ni... iols pon nak update la jugak blog yg dah jadi hutan rimba ni. Ok back to topik entry..hakak tengah ttc baby No.3...dan dh 2cycle buat BBT. Macam teknik lepas2...hakak lebih suka guna kaedah bbt semasa trying to connceive (ttc) walau org kata leceh..payah..susah whatever la lagi. Tapi hakak suka kaedah ni sebab dari suhu badan tu macam2 boleh detect..nak ovulate, dah ovulate, terlepas ovulation, dah pregnant...atau tak lekat dan seterusnya period. Semua tu boleh detect dr suhu badan a.k.a kaedah BBT ni. Sekarang ni hakak dah DPO3...day pass ovulation 3. Makna nya dh 3hari selepas ovulasi..3hari selepas ovari mengeluarkan ovum. Kalau ikut BBT ni..seawal dpo8 (5hari sebelum due period) dh boleh detect preggy ke idok.. best kan boleh detect awal? Hehe tapi kalau hati tak kental org taknak test awal2 ni. Hakak xkisah ade takde..tetap cek jugak. Kalau takde rezki..cuba jaya lagi. K