Skip to main content

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART1


PART1
Day1 12 Oct 2017 (Hari Bertolak)

Kami dari rumah menaiki hired taxi (mpv) tambang dalam RM80 dr Shah Alam. murahkan? Baik abang ni.. dia bawak exora. bertolak dari rumah ke KLIA2 pukul 6.30 petang, dan sampai sejam kemudian. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan flight dijadual berlepas pukul 10.30 malam. lepas dah checkin luggage semua kami pon dinner dulu dan solat. Kami sampai ke Tullamarine Airport Melbourne 9.30am waktu Australia 13hb.

Day2 13 Oct 2017 (Arrival)

Okay sy nak bagi beberapa tips untuk yg berhasrat ke Aussie. Imigresen Australia sangat2 strict ya tentang apa jua barang yg dibawa masuk kenegara mereka. Jika bawa makanan, boleh follow tips dibawah untuk memudahkan kuarantin check korang semasa di imigresen nanti. Memang jimatkan masa dan mudahkan pegawai sana utk check. juga boleh elakkan dari 'dog sniffing' ya disana mereka gunakan anjing pengesan utk hidu bag2.

1. Letakkan semua makanan dalam satu bag khas. Jangan campur2 bag. ni mmeudahkan pegawai utk check dan scan apa makanan yg dibawa so tak perlu la nak buka semua bag dan hanya 1bag makanan saja dibuka. Sy gunakan bag cabin size. Bag berisi makanan checkin  kargo yer.

2. Hanya makanan kering dan end product sahaja boleh dibawa. Contoh end product ni macam sardin, kari ayam dalam pek ke. Sayur, buah2, Biji benih trmasuk lah cili kering tak dibenarkan. Ikan bilis, udang kering sy bawak dan lepas hihi.. ada orang kene amik udang kering dia dalam sekilo jugak kot. sygg je tengok mujur kami punya stok lepas. Keropok lekor vakum pon sy bawak! hahha anak buah la kirim teringin sangat katenye. Beras tak perlu bawak ye ada jer beras jasmine/basmathi di Coles $6-10 5kilo. Bag yg ada makanan perlu ke Zone 2 untuk di scan dan Bag yg ada rokok perlu ke Zone1. Suami tak merokok so dah lepas 1step.

3. Semua makanan/medicine termasuklah susu tepung anak perlu DECLARE! bila dh lepas security border (tempat cop pasport) kita kene ambil Declaration Checklist dan isi. Please jujur ye. Jika pegawai bahagian Kuarantin zon jumpa apa2 barang yang kita tak declare, dan didapati tak dibenarkan dibawa masuk denda 250-300 AUD menanti. Jadi nak selamat declare je semua kalau dorang ambil pun selamat tak kene bayar denda.

4. Sy siapkan printed checklist makanan2/medicine yg dibawa brand apa, amount, berapa gram/ml. Part ni lah yg menyelamatkan kami. Bila sampai turn kami je sy cepat2 serahkan list ni pada officer dan dia baca satu2. Terus dia kata 'Very good!' you may proceed and enjoy yout holdiay. Wahhh brsinar2 mato den sebab dia xbuka langsung bag makanan kami dan hanya meneliti checklist saja dah boleh lepas.

Dalam banyak2 proses kuarantin checking ni lah yg paling lamaaa. Total proses start dari landing, passport check dan kuarantin check amik masa 3jam. bertabah je la.

Seterusnya kami keluar dari arrival gate dan mencari anak buah sy Arif. Anak buah sy bermastautin di Australia. Then, suami call shuttle Apex car rental yg kami booking untuk ambil kereta. Style Australia dan NZ, syarikat kereta sewa tak berada di dalam airport seperti di Malaysia. Disana mereka sediakn shuttle van utk bawa kita pergi ke syarikat dorang. Kami booking dari Apex Car Rental sebab survey2, rate dorg bagi murah. Dari airport dalam 15-20min ke tempat ambil kereta tu. Settle urusan kereta kami balik ke airport untuk ambik mak, arif dan anak2. Settle dalam 12.30pm

Bermula lah perjalanan percutian kami. Lega dah dapat kereta boleh lah start pusing2. Kami pilih untuk drive sendiri dan gerak sendiri tanpa tour guide sebab lebih murah, lebih selesa an flexible dari segi masa. Maklum la kan bawak anak2 kecik x selesa org asing nak tunggu2 kita. Lagipun seronok drive sendiri memang pengalaman yg tak xdapat dilupakan.

Lepas dapat kereta kami decide terus ke Dandenong, dan Brighton Beach. Tapi GPS xdapat detect Brighton Beach pulak jadi kami jalan2 sekitar Dandenong Market, beli groceries siap2 ayam dan daging, sayur2 buah untuk bekalan memasak. Di Aussie banyak market halal meat tak perlu risau. Harga pun murah daging kambing cuma $10 sekilo. Ayam drummet $5/kilo sayur2 jangan cakap lah murah2 semua nya huhu (sy ni dah lah kaki pasar memang seronok tengok sayur segar2 haha). Lepas tu kami ke Dandenong Mall. Balik ke CBD dah maghrib. Balik ke apartment di Shamrock Street, CBD. Sampai2 terus mandi dan rehat. Sy rebus siap2 kambing utk masak kari bekalan esok hehe. Nanti sy share juga apa menu2 yg sy dan mak masak sepanjang di Aussie ni. Rugi tau tak masak sebab barang2 ni segarrr dan murah!

Kita sambung ke Part2 ye. tataa

Comments

Popular posts from this blog

BBT, OPK dan Ovulasi

Okeh next nak cerita pulak pasal BBT, OPK dan waktu ovulasi. BBT tu korang dah faham kan camne nak mula... okay sekarang kita cerita pasal Ovulation Pregnancy Kit (OPK) ni dan kaitan nya dalam BBT. Secara generalnya...hanya dengan menggunakan BBT saja dah boleh detect ovulation day tu tanpa menggunakan OPK. Tapi...sebagai persediaan nak hamil...lebih elok la kita gu kan atau guna sekali OPK dan BBT bersama-sama. OPK tidak mengesan ovulasi tapi hanya mengesan kehadiran LH (hormon yg dihasilkan sebelum pengeluaran ovum) mana kala BBT pula mengesan hari ovulasi dengan lebih tepat. Tetapi sekiranya plan untuk hamil... elok buat OPK sekali supaya kita tak terlepas hari subur 'fertile window' untuk BD (bersama). Fertile Window & Cervical Mucus (CM) Fertile window biasanya 5hari dalam sebulan tapi hanya 1hari saja hari ovulasi iaitu hari paling subur. Jika kita boleh detect fertile window ni lebih mudah untuk kita usaha hamil. Selain menggunakan OPK...kita jugak bol

"Ma Ismuka" - Siapa Nama Kamu?

Assalamualaikum wbt... Aicecehhh "ma ismuka" bagai...korang tau ke maksudnye tuh...Okeh kita belajar Al-Lughatul 'Arabiah sket yer adik2...Hehe maksudnye "Siapa Nama Kamu" untuk general lah kalau tak tau lelaki atau perempuan..Kalau perempuan "Ma Ismuki?"... Ntah ape la Puan Shila merepek ni kan...Okeh sedia maklum la kan ai ni aktif ber-Ratuhati...lately ni kan, ai dah jadi consultant tak bergaji...ekekekeke...Actually dalam Ratuhati ade ruangan Nama2 Anak...So ku tolong la translate beberapa nama yang kata asalnya dalam Bahasa Arab..sebabnyeeee ade banyak sangat makna2 nama dalam buku-buku dipasaran dan internet yang tidak tepat sama sekali dengan maksud bahasa arabnye itu sendiri. Bahasa Arab saye ni taklah seberapa, jadi untuk mendapat kesahihan atas rujukan saya itu saye dibantu oleh senior saye mase di UIA iaitu Kak Zu..Kak zu memegang Ijazah Bahasa Arab atau kami panggil BAR di UIA. BAR= Bachelor of Arabic. Menurut Kak Zu nama-nama dalam buku

Spiral Spaghetti Goreng Ala Chef Shila

Di atas permintaan rakan-rakan di FB yang mem-view album resipi saye...dan merequest resipi dari saye terutamanya Epa Hassan . ..Dengan berbesar hati sekali saye sanggup dan rela membocorkan resipi turun temurun nenek moyang..huahuaaa...Kawan2, nak masakan sedap ni sebenonye kena ade satu skill, skill 'pandai agak-agak'...cmno tu? maksudnye, kalau orang tanye bape banyak lada nak letak? agak2 jer...ha gitu ler... hikhik ~Ha menarik tak spaghetti saye ni? (klu xmenarik sudah, ade ku kesah..) Bahan2: Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli) *Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M) *Minced chicken/beef *Lada kering - gunting dan direbus Bawang besar - sebiji Bawang putih - 4 ulas Sos Tiram *Sawi batang hijau *Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar Telur - 2biji Garam dan bahan perasa (* = Ikut korang ler kalo suka