Saye dalam waktu berhibernasi...semua yang berlaku adalah dugaan, Allah memberikan kita sakit kerana sakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. Ayah mertua saye undergoing emergency operation semalam di Hospital Melaka kerana awalnya suspek apendiks tetapi setelah discan rupanya ada ketumbuhan dalam perut, ayah tak pernah masuk hospital tetiba kene operate, kesian ayah...sebelum masuk OT ayah mengalirkan air mata. Semua orang pon terkejut sebab ayah sihat2 saja selama ini tiba2 pulak kene operate.
Suami sy demam dah seminggu lebih on-off, dah amik darah bukan denggi sebab kat kulit takde bintik2 merah..risau saye die jarang demam, tiba2 demam tak baik2..menggigil kesejukan tapi saye pegang badan panas pulak. Dengan ayah yang kene operate, suami saye tak taulah nak kate ape..gagahkan diri ke Melaka tunggu ayah berjam2 di luar dewan bedah...hampir 5jam pembedahan. Rehat kejap balik semula ke KL sebab kerja, tak boleh cuti kerana ade training. Lepas keje balik Melaka semula tengok ayah dengan kondisi badan tak berapa membaik.
Myra pula kene ulser mulut dah 2minggu tak mahu menyusu. Puas pegi klinik tak baik2 last2 sy belikan gel untuk mouth ulser di Guardian, gel Hurix alhamdulillah 2,3 kali sapu dah nampak elok..die dah mahu menyusu semula.
Semoga orang2 yang saya sayangi sihat seperti sedia kala...
"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman".
"Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."
dan
"Tidaklah seorang muslim diberi penyakit melainkan akan menggugurkan dosanya sebagaimana pohon menggugurkan daun2nya …"
Comments
Alhamdulillah semua selamat dan sihat:)
mudahan semua cepat sembuh..insyaallah..
saya sara, tau link blog awak dari RH..salam kenal ea..
semoga awak tabah menempuhi ujian Allah ini..
semoga ayah,suami serta anak awak sihat seperti biasa..Amin
salam kenal juga..thanx atas doanye...
thanx juga singgah di blog saye..
aida: sy tak boleh bukak la blog awk kat opis..hukhuk.tunggu balik umah baru bleh baca entry2 terkini nampaknye...huhu