Teringin nak makan bread puding so malam semalam pon buat la...kejap je pon nak membuatnye..Ingat nak bawak gi opis sket buat breakfast. Resipi bread puding ni dari Kak Ash. Sebenarnye dah banyak try buat bread puding tapi rasenye resipi kak ash ni menepati selera saye...heheh sebab macam yang kat hotel punye..ekekeke.
Selepas di bakar....
Selepas di bakar....
Tadaaa Yummylicious!
Bahan2:
8keping roti putih
4 biji telur
50gram gula
300ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla
*Carik-carikkan roti dan tekan2 dalam loyang. Tabur kismis atau hirisan almond, letak nestum pon ok.
*Pukul telur + gula sampai kembang, agak2 kembang jer stop.
*Masukkan esen dan fresh milk, kacau.
*Tuang atas roti dan tekan2 supaya bahan2 di atas dapat meresap dalam roti. Biarkan kira2 10 menit dan bakar dalam oven 180celcius selama 45 minit.
*Sejukkan dan potong
Vanilla Sauce
*300ml fresh milk
*50gram gula
*2 sudu besar kastard dibancuh dengan 1/2 cup air
*1 sudu kecil esen vanilla
**Masakkan atas api susu dan gula sampai menggelegak.
**Masukkan esen dan bancuhan kastard dan kacau sebati sampai menggelegak tutup api. Kalau rase cair, buat bancuhan kastard lagi sedikit atau masak lama sikit.
**Tuangkan atas bread puding. Siap!
Comments
btul2..saya pun duk try macam resepi puding roti ni..
yang ni puas hati kan?
hubby siap kata,kalu da suka yang ni,stick to one recipe je biler nak buat lagi.hehe
akak pun lama dah tak buat puding roti. roti asik habis je. tak dan nak buat puding.