Skip to main content

Apam Polca Dot Dot

Halluuu...Dah lame tak update resipi di blog ku ini...Saye berkesempatan membuat Apam Dot Dot ni hari ini...Comel kans apam nih...Rasenye of course ler sedapp seindah ghopenye...Hoho..Series sedapp tengok ghope pon dah tau sedap uols! Lagipun senang je nak membuatnye..


Saye sengaje buat ini apam kerana arini tak keje, cuti Maulidur Rasul dan kerana request kawan2 opis untuk membawa sedikit ke opis esok hari..Apam ini menggunakan ovelette (boleh didapati di pasar raya dan katenye susah nak ovelette ni kat oversea). Bahan2 dan cara-caranya seperti berikut:-

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - atau 1cawan
  • 150gm susu segar/susu tepung dibancuh dengan air
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya - (masukkan ke dalam piping bag) yang ni sy gunakan strawberry dan choc
  • Pewarna ikut suka
  • Esen Vanilla
Cara-cara
  1. Masukkan telur, ovalette, gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga kembang dan putih. Masukkan pula tepung yang diayak bersama baking powder.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit


Comments

Anonymous said…
cute nyer apam polka dot tue..

Popular posts from this blog

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART1

PART1 Day1 12 Oct 2017 (Hari Bertolak) Kami dari rumah menaiki hired taxi (mpv) tambang dalam RM80 dr Shah Alam. murahkan? Baik abang ni.. dia bawak exora. bertolak dari rumah ke KLIA2 pukul 6.30 petang, dan sampai sejam kemudian. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan flight dijadual berlepas pukul 10.30 malam. lepas dah checkin luggage semua kami pon dinner dulu dan solat. Kami sampai ke Tullamarine Airport Melbourne 9.30am waktu Australia 13hb. Day2 13 Oct 2017 (Arrival) Okay sy nak bagi beberapa tips untuk yg berhasrat ke Aussie. Imigresen Australia sangat2 strict ya tentang apa jua barang yg dibawa masuk kenegara mereka. Jika bawa makanan, boleh follow tips dibawah untuk memudahkan kuarantin check korang semasa di imigresen nanti. Memang jimatkan masa dan mudahkan pegawai sana utk check. juga boleh elakkan dari 'dog sniffing' ya disana mereka gunakan anjing pengesan utk hidu bag2. 1. Letakkan semua makanan dalam satu bag khas. Jangan campur2 bag. ni mmeudahkan peg...

Spiral Spaghetti Goreng Ala Chef Shila

Di atas permintaan rakan-rakan di FB yang mem-view album resipi saye...dan merequest resipi dari saye terutamanya Epa Hassan . ..Dengan berbesar hati sekali saye sanggup dan rela membocorkan resipi turun temurun nenek moyang..huahuaaa...Kawan2, nak masakan sedap ni sebenonye kena ade satu skill, skill 'pandai agak-agak'...cmno tu? maksudnye, kalau orang tanye bape banyak lada nak letak? agak2 jer...ha gitu ler... hikhik ~Ha menarik tak spaghetti saye ni? (klu xmenarik sudah, ade ku kesah..) Bahan2: Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli) *Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M) *Minced chicken/beef *Lada kering - gunting dan direbus Bawang besar - sebiji Bawang putih - 4 ulas Sos Tiram *Sawi batang hijau *Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar Telur - 2biji Garam dan bahan perasa (* = Ikut korang ler kalo suka...

BBT, OPK dan Ovulasi

Okeh next nak cerita pulak pasal BBT, OPK dan waktu ovulasi. BBT tu korang dah faham kan camne nak mula... okay sekarang kita cerita pasal Ovulation Pregnancy Kit (OPK) ni dan kaitan nya dalam BBT. Secara generalnya...hanya dengan menggunakan BBT saja dah boleh detect ovulation day tu tanpa menggunakan OPK. Tapi...sebagai persediaan nak hamil...lebih elok la kita gu kan atau guna sekali OPK dan BBT bersama-sama. OPK tidak mengesan ovulasi tapi hanya mengesan kehadiran LH (hormon yg dihasilkan sebelum pengeluaran ovum) mana kala BBT pula mengesan hari ovulasi dengan lebih tepat. Tetapi sekiranya plan untuk hamil... elok buat OPK sekali supaya kita tak terlepas hari subur 'fertile window' untuk BD (bersama). Fertile Window & Cervical Mucus (CM) Fertile window biasanya 5hari dalam sebulan tapi hanya 1hari saja hari ovulasi iaitu hari paling subur. Jika kita boleh detect fertile window ni lebih mudah untuk kita usaha hamil. Selain menggunakan OPK...kita jugak bol...