Skip to main content

Nasi Daging Air Asam Berkerisik...

Resipi ni sangat saye suka sebab senang je nak buat...pastu masak nasi skali ade daging...2 in 1 gitu..resipi ni dapat dari kak Lady dan saye gabungkan ngan resipi kawan saye jugak...alter2 ikut selera 'pemakan' iaitu saye dan hubby...Jom Masak!


Bahan-bahan:
*Daging lembu yang ade tulang2 sikit 1/2 kilo
*Sup bunjut Adabi - 1 paket
*Rempah kurma - 2 sudu besar
*Beras - 2 pot untuk 3~4 orang makan
*Bawang besar - 1 biji besar ditumbuk
*Bawang putih - 4 ulas ditumbuk
*Kulit kayu manis
*Bunga Lawang - 2biji
*Buah Pelaga - 2biji
*Halia - 1 inci
*Butter/minyak sapi/planta
*Tomato - 2biji (sebiji dipotong dadu, sebiji lagi dihiris nipis dan kecil2)
*Kerisik, belacan, cili padi, limau kasturi untuk air asam

Cara Memasak;
1.Rebus daging dengan sup bunjut, rempah kurma dan garam hingga empuk. Air lebihan rebusan jangan dibuang.Digunakan untuk memasak nasi
2.Gunakan rice cooker, panaskan butter dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, halia dan kesemua bawang yang ditumbuk hingga naik bau dan masak. Masukkan tomato dipotong dadu, kacau dan masukkan pula beras. Kaup balikkan sampai semua bahan merata. Tutup api dan panaskan rice cooker macam biasa.
3.Masukkan air rebusan daging menggunakan pot yang sama (jika beras 2 pot, air rebusan juga sama). Kacau2 supaya tidak berkerak di bawah. Bila beras agak kembang, masukkan daging yang direbus tadi dan biarkan hingga masak. Kalau saya bila air dah kering, saya akan kukus nasi dan daging supaya nasi masak lebih cantik.
4.Untuk buat air asam, bawang, tomato, cili padi dihiris nipis dicampurkan bersama air asam jawa, limau kasturi, kerisik dan belacan. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Siap!



Comments

Lady of Leisure said…
nampak bebetul menyelerakan.. :)
betul la....
nampak sgt2 selera.
shilafaizz said…
ala, lady punye presentation lagi terbaekk...ni shila tiru lady la ni.siap korek2 cari kayu manis tuh..huhuu

kak fiza, meh try resipi kak lady kita nih..mengancam!
pB said…
Salam


boleh tak kak pB minta alamat email Shila ..

Nak bertanyakan tentang hospital tempat Shila bersalin
shilafaizz said…
kak pb, ni alamat email shila: hasilahfaizz@gmail.com or kalau ade facebook akak bleh PM sy kat facebook cari Ashila Izz yer..
sy try pg blog akak tp xtau yg mane satu..=)
NURUN said…
SY XBLE LA TGK ENTRY MAKAN2 NI. GERAM! HEHEHE...

Popular posts from this blog

Invitation: Mini Open House

Assalamualaikum wbt, Kepada rakan2 yang ku sayangi tak kira lah rakan alam maya ke, rakan realiti ke...Kami sekeluarga ingin menjemput rakan2 semua ke Mini Rumah Terbuka dan Sambutan Majlis Ulangtahun Myra..I stated 'Mini' coz memang majlis ringkas jer...huhuuu The menu was planned, (plan yer kot2 la last minit berubah) ... Lontong (Lodeh + Nasi Impit), Ayam Masak Merah, Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam, kek birthday, cupcakes, kuih-muih... Semua masak sendiri nan ado catering...Me buat Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam , my mom ku minta masakkan lontong sebab tak cukup tangan...Kalau den jugak buat lontong alamatnye tak payah tido dah la jumaat tu keje...Pehtu feeling2 nak buat bread puding with sos vanilla plak ntah sempat ke idak...huhuiii   Jemputlah kawan2 yek... Date: 24.09.2011 Time: 1pm-6pm Venue: No.25, Jalan Setia Impian U13/8D, Setia Alam Shah Alam Myra nak menepek jugak kat sini...Layankan ajer...

Kenapa Dia Tak Prihatin?

Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan seka...

Perkahwinan Norman dan Memey

Memula tadi kan nak buat entry pasal Myra tetibeeee.....bukak belog Filla terus berubah fikiran mak! Mwahahaha...Meh mamarazzi dah datang neh. Seperti yang diketahui ramai memey dan norman dh selamat jadi suami isteri. Korang suka ke tak suka ke dorang tetaplah kawen...mwahahahhah * Gelak jahat Cer cuba korang tengok gambo nih. Okeh ni gaun pengantin Memey rekaan Vera Wang okeh. Siapakah Vera Wang?? Vera wang tu adelah designer gown kelasss untuk artis2 kelasss jah. Okeh meh lihat senarai wedding gown artis yang dibuat Vera Wang...die telah membikin wedding gown untuk Ivanka Trump, Kim Kardashian, Khloe Kardashian, Alicia Keys, Uma Thurman, Mariah Carey , Jennifer Garner, Victoria Beckam wehhhhh! Dan Ramaaaiii lagi artis papan atas bak kate orang Indon. Kelasss ko jah. Standard artis hollywood okeh. Sila muntah ijo. Tah2 si Memey ni pon tak kenal sape Vera Wang. Tah sape yang carikan sponsor Vera Wang ni pon tak tau laaa kan...Tapi dah name pon sponsor terima je laaah. Okeh tu tak...