Saya nak hapdet resipi nie...
Nasi Carrot
2 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot – saya parut kasar-kasar.
1/2 cawan susu cair
3cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam
1 kiub ayam knorr
1 sudu kecil gula
garam
Bahan Tumis
2 sudu besar rempah kurma – saya tak letak..huhu
4 ulas bawang merah – tumbuk kasar
3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
2 cm halia -mayang
2 sudu besar mentega/marjerin
kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
3biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang
daun pandan……..simpulkan
Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam bakar yogurt dan acar karot.
Grilled Chicken In Spiced Yogurt
Ayam(dibersihkan dan di tos ) * sy guna 2 bahagian tigh sajer + 2 wings. Kalau nak masak sekor tambahkan jer spices2 di bawah kepada 1 sudu/yogurt = 1cawan
1/2 cawan yogurt/tairu1 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 sudu makan jus lemon - sy tak sukat letak sesuak hati jer
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
1/2 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih– blend
2cm halia -blend
1 batang serai -blend
Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar
Nasi Carrot sesudah dimasak...
Ayams dah perap 2jam..belum dimasuk ke oven...
Hot From the Oven !!
Comments