Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Trip2017

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART2

Okay sambung lagi.. Oh ye sy belum sempat masuk kan gambar heheh. Nanti sy edit balik masukkan gambar2 kami untuk dijamu mata readers ye😆. Moga jadi inspirasi dan semangat untuk berkunjung ke Negara kelahiran Kanggaru ni. Sebelum tu kan.. ada kawan yg bertanya kenapa kami pilih Melbourne di daerah Victoria, Australia ni? Bukan Perth bukan Gold Coast ke.. Macam sy bagitau sebelum ni.. Di Melbourne kita dapat merasa pengalaman musim Salji dan melawat tempat2 menarik2 yg lain which takde di Perth atau Gold Coast yg sering dikunjungi Malaysians. Anak2 sibuk nak main snow, sy pulak nak melawat ladang Tulips jadi Melbourne adalah pilihan yg tepat utk kami👍🏼. PART 2 Day 3 14 October 2017 Tesselaar Tulips Sebelum Subuh kami dah bangun, disini waktu solat tak beza sangat dengan Malaysia beza beberapa minit saja. untuk mudahkan monitor waktu solat elok download apps MuslimPro, apps ni bagitau waktu solat dengan detect lokasi kita berada.. tempat makanan Halal terdekat, Masjid terdekat....

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017

Bismillah... Lepas sebulan balik bercuti baru ada rajin sikit nak curahkan kat blog ni pengalaman perjalanan musafir kami ke Melbourne Australia 12-17 October 2017. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana memberi kami rezeki masa, kewangan dan kesihatan untuk meneroka negara Land Down Under atau Negara Kanggaru ini. Australia memang dalam wishlist sy tempat paling ingin dilawati selain New Zealand. Impian terlaksana (/). Apa yg dapat saya simpulkan Australia terutamanya Melbourne ni sangat cantikkkkkk dan seronok sangat berada lebih kurang seminggu disana. Rasa taknak balik Malaysia huhu. Untuk pengetahuan korang kami pergi musim end Winter dan Early Spring jadi kami masih dapat merasai pengalaman bermain salji disamping merasa keindahan musim Spring yg cantik. Haaa ada yang tak tahu Australia pun ada musim salji tau. Jadi bagi yg nak merasa main salji dan melihat keindahan Bunga Tulips tanpa pergi jauh2 ke Eropah (yg currency nya 6x ganda) boleh lah ke Australia😊. Currency rate ...