Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan sekali yg sepatutnya sy pergi untuk checkup telah di ubah kepada 2 minggu sekali kerana sy megalami Anemia (kurang darah) ketika mengandung jadi Hemoglobin atau kandungan darah sy perlu dipantau sentiasa kerana jika berterusan kandungan sy akan berisiko.
Apa yg sy tidak paham, daripada sumber2 yg sahih, maaf sy terpaksa mention disini Head Department sy(orang kedua terpenting di company saya bekerja) yg juga seorang ibu dan wanita bertanya kepada senior sy kenapa sy perlu checkup selalu? Dia berkata dahulu ketika mengandung dia tidak perlu selalu berjumpa doktor. Ya...mungkin dia tiada masalah apa2 ketika mengandung dan ketika itu mungkin Kementerian Kesihatan M'sia tidak se-strict skrg yg mewajibkan kami ibu2 hamil checkup setiap bulan (Klinik Kesihatan akan call sy dan bertanya jika sy miss date checkup). Lagi pula, kamu sudah sebaya ibu sy dan sy sebaya anak kamu jadi tentulah bnyk bezanya dr segi sistem perubatan negara skrg. Yang sy pelik, kalau lelaki yg bertanya soalan seperti itu tak mengapa, tapi dia adalah seorang wanita dan ibu tidakkah dia prihatin?? Saya juga tidak mahu bercuti setiap 2mggu sekali tapi sudah ditakdirkan sy Anemia apa yg perlu sy buat lagi? Tentulah ikut sahaja kata doktor untuk follow-up checkup setiap 2mggu bukan? Dan dia ingat saya suka sangat ke dicucuk dengan jarum panjang untuk diambil darah di lengan setiap 2mggu?? Sy tak mahu berkata dia tiada otak kerana pastinya dia ada. Tak mengapa, dia ada 2orang anak perempuan sy tak mendoakan yg tidak baik tapi semoga Allah membuka pintu hati dan mindanya untuk lebih memahami masalah orang lain. Sekian, luahan hati saya~
Comments