Aktiviti weekend berdua jer di rumah bersama Myra bambam..ayah Myra kene keje saturday, sunday sebab khamis dan jumaat die amik cuti...So hari ahad kul 4 petang baru sy mulakan aktiviti memasak..takmo masak nasi..nak masak pasta plak sebab ade spagheti lebih buat laksa eritu. Sy berangan2 nak buat Spagheti Bolognaise resipi kak Suealeen tapi sy derhaka sket2 kat resipi dan cara masakan.
Bahan-bahan sebelum masak..amik gambo dulu seperti biasa k...
Spagheti
Daging cincang/kisar Ramly yang peket kecik
Daging cincang/kisar Ramly yang peket kecik
Tradisional tomato sos Campbell / 3 biji besar tomato dikisar
1 biji tomato - potong dadu
1 biji bawang holand - potong dadu
5/6 ulas bawang puting cincang halus
2 tangkai cili kering gunting halus-halussss
2 senduk kecik lada kisar (ni ikut selera masing2 nak kurang or tambahkan)
Oregano leaves - 1 sudu teh
Oregano ground - 2 sudu teh
Gula dan Garam
daun basil/parsley untuk hiasan
Meh masak plak:-
1. Masak spagheti macam biasa. Untuk sos, panaskan mangkuk/periuk dan letak minyak..Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan bawang holand, kacau sampai layu. Api perlahan saja...Dah layu bawang2 tu masukkan lada kering goreng sampai garing dan masukkan lada kisar. Tumis sampai naik minyak.
2. Masukkan daging kisar yang telah dibasuh..Masa ni besarkan sket api (sket jer), tumis daging sampai agak empuk dan keluar juices die (kuar air). Proses ni agak lama..
3. Bila daging dah kuarkan airnya, masukkan 1 sudu teh oregano leaves and ground. dua2 1 sudu teh yer..Kacau-kacau, masukkan plak tomato dadu dan sos tomato. Kacau lagi dan, tambah 1 sudu besar gula dan garam. Masak sampai sos pekat dengan api sederhana besar. Kalau rasa pekat sangat tambah air/tomato yang dikisar.
4.Sebelum angkat masukkan lagi 1 sudu teh oregano leaves dan kacau sebati, angkat dan hidangkan dengan parmesan cheese powder.
Comments
habes tak tu?..leh try tuk aleesya yang da besar ni tapi susah makan.keke
kak ash, myra ni ape yang die tak makan..sebab tu bambam, so sy kene kontrol makanan die..sup2 only, minyak pon guna minyak jagung bukan minyak sawit..heheh.try ler..sweet corn tu memang manis bli kat tesco jer..so kuah sup jadi manis2 gitu.