Skip to main content

Norma, Talib dan Rafiq

Jika orang-orang mengagumi keromantikan Seth Tan dalam cerita Nora Elena, Seth Tan lah lelaki paling penyayang dan romantik...tetapi in real life saya rasa Talib adalah orangnya yang paling penyayang dan romantik. This piccas shows what i meant:-


Sungguh hebat ujian buat pasangan ini ~




Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]



Mengapa saya ulang entry berkenaan Norma? Kerana...

Ada beberapa perkara berkenaan Norma yang sama dengan saya.
Kami sama-sama baru mendirikan rumahtangga, kami sama-sama bergelar ibu muda beranak satu, kami juga mempunyai anak yang lebih kurang sebaya...Sebenarnya selepas membaca kisah Norma kat blog kak Filla, malamnya saya tak dapat tido, saya seperti terfikir-fikir betul ke ade insan diuji sebegitu hebat?? Ya Allah sesungguhnya biarpun aku tidak mengenal hambamu ini tapi berat sungguh aku merasakan ujian buat mereka, Ya Allah sebagaimana beratpun ujianMu kepada mereka, kami yakin Kau tahu apa yang terbaik meskipun begitu pahit dan payah untuk keluarga ini melaluinya..

Norma adalah penghidap Brain Cancer stage 4 (medulloblastoma). Telah melalui 5 kali operation.

Norma, biarpun saya tak pernah kenal norma sebelum ni...ketahuilah ramai mendoakan norma sekarang...
Bertabahlah dan kuatkanlah semangat demi Rafiq...
Saya tau begitu mudah saya berkata-kata  kerana bukan saya yang melaluinya tapi saya sentiasa berdoa moga Allah beri kesembuhan kepada awak...saya sentiasa berdoa Norma.
Saya juga seorang ibu, saya rasa seperti tak adil saya boleh berdiri sihat membesarkan anak saya, mendukung anak saya, bermain-main dengan anak saya, gelak ketawa bersama anak sedangkan awak melalui ini semua...
Sebab itu saya mahu membantu sebanyak yang boleh walaupun bantuan saya hanyalah dengan sekeping doa.

Norma,
Allah menguji bukan Dia tak sayang, bukan Dia menghukum tetapi norma adalah insan yang dipilih Allah untuk diuji kesabarannya kerana Allah sayangkan Norma...
Syafakillah Norma...
Allah itu Maha Mendengar, semoga Dia mendengarkan doa-doa kami semua untuk norma...


Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman".


"Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."


"Tidaklah seorang muslim diberi penyakit melainkan akan menggugurkan dosanya sebagaimana pohon menggugurkan daun2nya …"



Abdul Rafiq....ibumu sedang berjuang sayang...berjuang supaya dapat bangkit membesarkan kamu.


Baby Rafiq semasa mama nya di operate for the1st time.. Time ni baru sebulan kot kak moon kan? rasa nak pelok2 plak si Rafiq ni comey betol!



Jika anda ingin menghulurkan bantuan ikhlas buat Norma, sumbangan boleh di kreditkan ke:-

CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif


Terima Kasih bagi pihak keluarga Norma.


Source, images and infos from: http://miera301.blogspot.com/search/label/Norma

NOTE: Entry ini bukanlah atas arahan sesiapa, ia ditulis atas dasar keprihatinan saya sendiri.


Comments

mizah said…
sedih la kisah diorang ni...kat rumah pun asyik teringat je....sedih...
shilafaizz said…
shila pon sedih..bila teringat tetiba jer sebak dan bole menangis..sebak tengok rafiq..maybe sebab anak2 kita pon sekecik rafiq jugak..moga ada keajaiban buat norma, tak mustahil..yang penting yakin dengan allah.
Miss Moon said…
thanks dear sebab sudi share kan kat ur lovely blog

Moga Allah memberkati usaha kiter and moga ia dapat membantu Norma n Talib

Regards
Kak Moon

Popular posts from this blog

Invitation: Mini Open House

Assalamualaikum wbt, Kepada rakan2 yang ku sayangi tak kira lah rakan alam maya ke, rakan realiti ke...Kami sekeluarga ingin menjemput rakan2 semua ke Mini Rumah Terbuka dan Sambutan Majlis Ulangtahun Myra..I stated 'Mini' coz memang majlis ringkas jer...huhuuu The menu was planned, (plan yer kot2 la last minit berubah) ... Lontong (Lodeh + Nasi Impit), Ayam Masak Merah, Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam, kek birthday, cupcakes, kuih-muih... Semua masak sendiri nan ado catering...Me buat Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam , my mom ku minta masakkan lontong sebab tak cukup tangan...Kalau den jugak buat lontong alamatnye tak payah tido dah la jumaat tu keje...Pehtu feeling2 nak buat bread puding with sos vanilla plak ntah sempat ke idak...huhuiii   Jemputlah kawan2 yek... Date: 24.09.2011 Time: 1pm-6pm Venue: No.25, Jalan Setia Impian U13/8D, Setia Alam Shah Alam Myra nak menepek jugak kat sini...Layankan ajer...

Kenapa Dia Tak Prihatin?

Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan seka...

Caramel Cis Kek + Nasi Daging Asam Kerisik

Nak hapdet sekitar sambutan Ulangtahun kekanda hamba..ekekeke...Sy tak masak beria pon juz buat Nasi Daging + Air Asam Kerisik ngan Caramel Cis Kek ..Teruja...Teruja sebab 1st time neh wat cis kek menjadi uolss! Sukaaaa...paling gumbira sebab hubby cakap sedap makan ulang2 lak tuh...Hubby ai nih memang pengkritik tetap uols so kalau die kate xsedap, no hard feeling okeh but kalau die kate sedap tuh, ehem..ehem..paham2 sendiri lah yo maksudnye.... Okeh ni sekitar makanan2 hasil air tangan iols... Caramel Cheese Cake... Nasi Daging Air Asam Kerisik... Hamiikk uols besaq2 punye daging iols letak k..Biar gumuks, Puas makan...huahahhah Untuk resipi Nasi Daging nih sila lah cari dalam label resipi belog ai nih..Untuk resipi cis kek, by request sajork..kalau ramai yang tanye ai letak la dalam belog nih okeh...Owh ye cis kek nih tak bakar tau chilled saje lam esbok. Sambutan Ulangtahun Hubby sangat lah informal...sape datang...makan, ikut lah tetamu nak serbu umah kami kul bape..y...