Skip to main content

Sesekali Harus Berterima Kasih Juga

Alhamdulillah, hari jumaat yang mulia bertemu lagi...
Semalam akhirnya Employee Shares Option Scheme (ESOS) dari Maybank sudah di approve oleh Bank Negara Malaysia dan semua eligible staff sudah diberi surat samada untuk accept atau decline offer tersebut. Dan syukur kepada Allah, saya juga mendapat offer itu. Sebenarnye ketika berita ini diuar-uarkan saye langsung tidak menaruh harapan yang tinggi sebab katenye kene berkhidmat sekurangnya 5tahun. Saya ni baru 2tahun lebih berkhidmat. Tetapi semalam apabila mendapat email yang required saye untuk check Letter Offer ESOS dalam HR2U system, saya sangat happy...;)

Sekurangnya ada lah jugak rezeki kan, tak banyak tetapi at least ada...bolehla renovate rumah or cecantikkan rumah sikit2...hihi. Sesapa yang tak tahu ESOS tu apa, ia adalah seperti kita juga memegang share syarikat..kita adalah part of shareholders. Biasanya orang2 'besar' jer jadi shareholders kan, jadi sebagai 'hadiah' atas usaha staff2 berhempas pulas cari duit untuk Bank, Maybank memberi so called this 'Long Term Incentive Plan'. Dan shares itu akan dibiayai oleh Bank sendiri, kita tak perlu kuarkan modal sikit pon, cuma apabila rasa nak jual share tu bila harga share naik kami kene pulangkan dahulu financing Bank tadi dan balance yang ada dari hasil jualan barulah kami ambil. Sekarang market price RM8.82 satu unit, let say sy nak jual masa harga RM12.82, so dapatla untung RM4.00 seunit. Untuk 1st tranch sy dapatla 2500 unit, total ade 5 tranches atau batch, lagi 4 tranches tu berapa unit dapat depends pada performance sy 4tahun akan datang..Terima Kasih Maybank kerana susah2 jer bagi saya hadiah..harijadi saya kan lame lagi...ihiks


Alhamdulillah, saya anggap ni rezeki anak...Betul kot orang cakap, insyaallah anak-anak tu akan mendatangkan kemurahan rezeki pada keluarganya...



Comments

ye ke? seronoknya, tahniah. kalau dah sampai boleh renovate rumah, uuuiiihhhh, byk tu. syok betul rezeki anak la tu, ibu tolong ambilkan. heheheh...
shilafaizz said…
bukan renovate rumah sgt pon kak...touch-up sikit2 je la..ganti gate skrg kepada auto-gate ke..sebab bnyk dh kes samun while org tgh nk bukak gate...isk seram.tp klu hrg naik bnyk syokla klu turun xdapat pape la..hehe
NrlAidaHml said…
Tahniah shila...anak2 pembawa rezeki utk keluarga kan..bleh la shopping utk myra bnyk2..hehe..
mizah said…
tahniah...wah..bestnya dia dapat ESOS tu...rezeki anak-anak kan...so, tambah la anak ye....insyaAllah lagi murah rezeki..myra pun dapat kawan...heheheehe
shilafaizz said…
aida: alhamdulillah..tapi beberapa tahun lg la baru leh tengok hasilnya..huhuu

ramizah:alhamdulillah mizah, rezeki myra..adik yer?kene tunggu mummy die jual share esos dulu la..heheheh
Ina Hashim said…
2500unit?banyak tuuuuuuuu...rezeki Myra :)
shilafaizz said…
alhamdulillah kak ina...tak sangka dapat.simpanan untuk myra juga nie..

Popular posts from this blog

Invitation: Mini Open House

Assalamualaikum wbt, Kepada rakan2 yang ku sayangi tak kira lah rakan alam maya ke, rakan realiti ke...Kami sekeluarga ingin menjemput rakan2 semua ke Mini Rumah Terbuka dan Sambutan Majlis Ulangtahun Myra..I stated 'Mini' coz memang majlis ringkas jer...huhuuu The menu was planned, (plan yer kot2 la last minit berubah) ... Lontong (Lodeh + Nasi Impit), Ayam Masak Merah, Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam, kek birthday, cupcakes, kuih-muih... Semua masak sendiri nan ado catering...Me buat Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam , my mom ku minta masakkan lontong sebab tak cukup tangan...Kalau den jugak buat lontong alamatnye tak payah tido dah la jumaat tu keje...Pehtu feeling2 nak buat bread puding with sos vanilla plak ntah sempat ke idak...huhuiii   Jemputlah kawan2 yek... Date: 24.09.2011 Time: 1pm-6pm Venue: No.25, Jalan Setia Impian U13/8D, Setia Alam Shah Alam Myra nak menepek jugak kat sini...Layankan ajer...

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART1

PART1 Day1 12 Oct 2017 (Hari Bertolak) Kami dari rumah menaiki hired taxi (mpv) tambang dalam RM80 dr Shah Alam. murahkan? Baik abang ni.. dia bawak exora. bertolak dari rumah ke KLIA2 pukul 6.30 petang, dan sampai sejam kemudian. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan flight dijadual berlepas pukul 10.30 malam. lepas dah checkin luggage semua kami pon dinner dulu dan solat. Kami sampai ke Tullamarine Airport Melbourne 9.30am waktu Australia 13hb. Day2 13 Oct 2017 (Arrival) Okay sy nak bagi beberapa tips untuk yg berhasrat ke Aussie. Imigresen Australia sangat2 strict ya tentang apa jua barang yg dibawa masuk kenegara mereka. Jika bawa makanan, boleh follow tips dibawah untuk memudahkan kuarantin check korang semasa di imigresen nanti. Memang jimatkan masa dan mudahkan pegawai sana utk check. juga boleh elakkan dari 'dog sniffing' ya disana mereka gunakan anjing pengesan utk hidu bag2. 1. Letakkan semua makanan dalam satu bag khas. Jangan campur2 bag. ni mmeudahkan peg...

Kenapa Dia Tak Prihatin?

Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan seka...