Skip to main content

Puding Roti Karamel...

Sy kan sejak dua menjak ni jadi insomnia..walaupon letih tapi tak ngantuk tak bleh nak tido...jadi semalam kan berdiskusi pasal puding karamel kat RH kepingin la plak nak buat puding roti karamel nih...Resipi dari Umisofie (Kak Fiza). Bahan2 sume ade...nak buat pon tak susah...Tadaaaa berikut adalah hasilnye..Tapi oleh kerana asek la tengok Masterchef Indonesia kat youtube, tak perasan dah kukus 35menit..Over-cooked sudaa...hukhukhuk.Loyang pon salah jadi nipis plak puding tapi ok jer..rase die sedap tak muak macam puding karamel biase tu rase teloooo jer. This one nice...Thanks Kak Fiza!!

Lembut dan tak bape manis...Tak rase telor sangat, berbeza sket la dengan puding karamel biase tu.



Bahan - bahan :


3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat + atau 3/4 cawan susu segar
sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya:

- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu,Kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 25-30minit.

Comments

mizah said…
wahhh!!bestnya dia dah berjaya buat...
ashra said…
wahh..makin rajin shila membaking skang.tadi baru tgk blog lady gak..duk buat ni..

sayangnya,ku takder kukussssssss....tah bila nak beli.
shilafaizz said…
heheh kak ash..tah ape kene ngan ku ini..susah nak tido..last2 kul 12 tgh mlm membaking...hikhik.ye la drpd terkebil2 tak leh tido watla puding..leh makan utk buka puasa..hehe

ramizah: yeayy suda berjaya !! :)

kak hana: sedappp..tak muak mcm puding telor tuh..yang ni nak potong pon senang.

Popular posts from this blog

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART1

PART1 Day1 12 Oct 2017 (Hari Bertolak) Kami dari rumah menaiki hired taxi (mpv) tambang dalam RM80 dr Shah Alam. murahkan? Baik abang ni.. dia bawak exora. bertolak dari rumah ke KLIA2 pukul 6.30 petang, dan sampai sejam kemudian. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan flight dijadual berlepas pukul 10.30 malam. lepas dah checkin luggage semua kami pon dinner dulu dan solat. Kami sampai ke Tullamarine Airport Melbourne 9.30am waktu Australia 13hb. Day2 13 Oct 2017 (Arrival) Okay sy nak bagi beberapa tips untuk yg berhasrat ke Aussie. Imigresen Australia sangat2 strict ya tentang apa jua barang yg dibawa masuk kenegara mereka. Jika bawa makanan, boleh follow tips dibawah untuk memudahkan kuarantin check korang semasa di imigresen nanti. Memang jimatkan masa dan mudahkan pegawai sana utk check. juga boleh elakkan dari 'dog sniffing' ya disana mereka gunakan anjing pengesan utk hidu bag2. 1. Letakkan semua makanan dalam satu bag khas. Jangan campur2 bag. ni mmeudahkan peg...

Kenapa Dia Tak Prihatin?

Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan seka...

Spiral Spaghetti Goreng Ala Chef Shila

Di atas permintaan rakan-rakan di FB yang mem-view album resipi saye...dan merequest resipi dari saye terutamanya Epa Hassan . ..Dengan berbesar hati sekali saye sanggup dan rela membocorkan resipi turun temurun nenek moyang..huahuaaa...Kawan2, nak masakan sedap ni sebenonye kena ade satu skill, skill 'pandai agak-agak'...cmno tu? maksudnye, kalau orang tanye bape banyak lada nak letak? agak2 jer...ha gitu ler... hikhik ~Ha menarik tak spaghetti saye ni? (klu xmenarik sudah, ade ku kesah..) Bahan2: Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli) *Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M) *Minced chicken/beef *Lada kering - gunting dan direbus Bawang besar - sebiji Bawang putih - 4 ulas Sos Tiram *Sawi batang hijau *Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar Telur - 2biji Garam dan bahan perasa (* = Ikut korang ler kalo suka...