Halluuu...Dah lame tak update resipi di blog ku ini...Saye berkesempatan membuat Apam Dot Dot ni hari ini...Comel kans apam nih...Rasenye of course ler sedapp seindah ghopenye...Hoho..Series sedapp tengok ghope pon dah tau sedap uols! Lagipun senang je nak membuatnye..
Saye sengaje buat ini apam kerana arini tak keje, cuti Maulidur Rasul dan kerana request kawan2 opis untuk membawa sedikit ke opis esok hari..Apam ini menggunakan ovelette (boleh didapati di pasar raya dan katenye susah nak ovelette ni kat oversea). Bahan2 dan cara-caranya seperti berikut:-
Bahan-bahan
- 3 biji telur
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - atau 1cawan
- 150gm susu segar/susu tepung dibancuh dengan air
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling secukupnya - (masukkan ke dalam piping bag) yang ni sy gunakan strawberry dan choc
- Pewarna ikut suka
- Esen Vanilla
Cara-cara
- Masukkan telur, ovalette, gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga kembang dan putih. Masukkan pula tepung yang diayak bersama baking powder.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
Comments