Skip to main content

Spiral Spaghetti Goreng Ala Chef Shila

Di atas permintaan rakan-rakan di FB yang mem-view album resipi saye...dan merequest resipi dari saye terutamanya Epa Hassan...Dengan berbesar hati sekali saye sanggup dan rela membocorkan resipi turun temurun nenek moyang..huahuaaa...Kawan2, nak masakan sedap ni sebenonye kena ade satu skill, skill 'pandai agak-agak'...cmno tu? maksudnye, kalau orang tanye bape banyak lada nak letak? agak2 jer...ha gitu ler...
hikhik

~Ha menarik tak spaghetti saye ni? (klu xmenarik sudah, ade ku kesah..)

Bahan2:

Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli)
*Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M)
*Minced chicken/beef
*Lada kering - gunting dan direbus
Bawang besar - sebiji
Bawang putih - 4 ulas
Sos Tiram
*Sawi batang hijau
*Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar
Telur - 2biji
Garam dan bahan perasa
(* = Ikut korang ler kalo suka letakla lebih...ikut tekak memasing yer)

Cara Memasaknye:
1. Dalam air mendidih masukkan spaghetti tadi. Kalau brand San Remo, 8minit dah masak. Pastu toskan airnya.
2. Lada kering yg dah direbus sampai lada kembang ditapis dan di blend bersama bawang besar dan bawang putih.
3. Panaskan minyak (biar lebih sikit supaya lada betul2 masak) dan masukkan bahan2 yang di blend tadi. Tumis lada sampai betul2 masak ye..Masukkan sos tiram agak2 aje...dalam 3/4 sudu la..Tambah garam dan bahan perisa.
4. Masukkan minced chicken/beef tumis sampai masak baru masukkan udang. Agak2 udang dah bengkok2 tu masukkan carrot dan tumis lagi. Masukkan pulak spaghetti. Gaul sampai rata dan rasa garamnya ok ke tak. Masukkan telur dan kacau.
5. Masukkan pula sawi gaul lagi sampai semua bahan2 agak kering. Kalau suka basah2 sikit bolehla angkat ikut suka hati...Siap!

NOTAKAKI:
* Adik2/akak2 yg xtau cmne lada tu betul2 masak ialah tumis sampai lada keluar minyak balik. Kalau nak masakan yang berasaskan lada atau ditumis dengan lada ni sedap, rahsianye ialah cara menumis lada..kalau lada tak betul2 masak, tak sedap la jadinye...

~Sekian Selamat Mencuba~

Comments

wah...wah...
amat selera ini spiral ye shila...
hehe...kita nengok pun dah terliur dah ni.
bolehla tepek sekali kat forum RH...
shilafaizz said…
ok..boleh2...hehe..ala resipi biase je kak..mcm msk bihun goreng jgk, sy ganti dengan spiral spagh. je...
salam kenal shila :-)

wina sebenarnya x mkn spaghetti tp yang nie nampak cam sedap je...boleh try nanti
shilafaizz said…
salam kenal jugak wina...

hehe bleh jer try ni..
nak lagi sedap masukkan isi ayam potong2 kecik..hehe kalau banyak bahan memangla sedap kan..
Elly said…
Xpernah msk spiral....ni first time..thanks share resepi
sarah said…
boleh try resepi ni...

Popular posts from this blog

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART1

PART1 Day1 12 Oct 2017 (Hari Bertolak) Kami dari rumah menaiki hired taxi (mpv) tambang dalam RM80 dr Shah Alam. murahkan? Baik abang ni.. dia bawak exora. bertolak dari rumah ke KLIA2 pukul 6.30 petang, dan sampai sejam kemudian. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan flight dijadual berlepas pukul 10.30 malam. lepas dah checkin luggage semua kami pon dinner dulu dan solat. Kami sampai ke Tullamarine Airport Melbourne 9.30am waktu Australia 13hb. Day2 13 Oct 2017 (Arrival) Okay sy nak bagi beberapa tips untuk yg berhasrat ke Aussie. Imigresen Australia sangat2 strict ya tentang apa jua barang yg dibawa masuk kenegara mereka. Jika bawa makanan, boleh follow tips dibawah untuk memudahkan kuarantin check korang semasa di imigresen nanti. Memang jimatkan masa dan mudahkan pegawai sana utk check. juga boleh elakkan dari 'dog sniffing' ya disana mereka gunakan anjing pengesan utk hidu bag2. 1. Letakkan semua makanan dalam satu bag khas. Jangan campur2 bag. ni mmeudahkan peg...

Invitation: Mini Open House

Assalamualaikum wbt, Kepada rakan2 yang ku sayangi tak kira lah rakan alam maya ke, rakan realiti ke...Kami sekeluarga ingin menjemput rakan2 semua ke Mini Rumah Terbuka dan Sambutan Majlis Ulangtahun Myra..I stated 'Mini' coz memang majlis ringkas jer...huhuuu The menu was planned, (plan yer kot2 la last minit berubah) ... Lontong (Lodeh + Nasi Impit), Ayam Masak Merah, Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam, kek birthday, cupcakes, kuih-muih... Semua masak sendiri nan ado catering...Me buat Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam , my mom ku minta masakkan lontong sebab tak cukup tangan...Kalau den jugak buat lontong alamatnye tak payah tido dah la jumaat tu keje...Pehtu feeling2 nak buat bread puding with sos vanilla plak ntah sempat ke idak...huhuiii   Jemputlah kawan2 yek... Date: 24.09.2011 Time: 1pm-6pm Venue: No.25, Jalan Setia Impian U13/8D, Setia Alam Shah Alam Myra nak menepek jugak kat sini...Layankan ajer...