Skip to main content

Bayi Itu Milik Siapa??


Kebelakangan ni asyik ade kes buang bayi. Mane2 page akhbar pun berita yg sama. Bila baca, dgr kat radio sy jadi sgt sedih dan tertanya2....Sy emoss skit bukan sbb tgh prgnnt tapi sbb sy manusia yg memiliki hati nurani..sy tau mereka yg buang anak ni mestilah xkahwin lagi sbb tu mereka terpaksa buang maybe...tapi mase buat, syok2 xingat pulak yg benih tu akan jd manusia lepas 9bulan?? (sory sensored skit)...

Ok lah mase dh pregnant mereka mungkin xtau nak buat ape so keep the baby.bagi yg tak takut or ade duit pasti dh abort awal2...kawan sy punya kawan pernah menggugurkan kandungan sebanyak 4 kali! Astaghfirullahhalazimm....sy xmau komen psl dia sbb dia bukan kwn sy.kalau kwn sy dh lame sy luku kepala dia..Yang buatkan sy tertanya2...xde perasaan ke mase tgk wajah bby tu pertama kali. Then, kenapa mesti dibuang kat tempat sampah, dalam semak, belakang lorong...baik hati sgt nak bagi anjing makan ke?

Apela salahnya letak kt depan rumah org yg berpenghuni sekurang-kurangnya org tu bleh selamatkan, boleh diberi pada kebajikan masyarakat, or mereka boleh bela...drpd kena hujan dan dimakan anjing. Banyak antara baby yg dibuang sempurna sifatnya, berkulit bersih dan amat comel. mane yg sempat diselamatkan alhamdulillah boleh melihat dunia, tapi bnyk juga yg xsempat diselamatkan mati kesejukan dan dimakan semut. Tapi mereka tak fikir ade ibu-bapa yg memiliki anak cacat sekalipun, anak itu tetap dibela dgn penuh kasih sayang, ditatang bagai minyak yg penuh.Anak yg dilahirkan cukup sifat dan comel tu kenapa mereka sanggup buang kan...takda akai ka?? Kadang2 pikiran out of the box sy slalu je berkata2 "biar anak yg dorg buang merata tu yg smpi meninggal kesejukan n kelaparan tu msk dlm mimpi dan menghantui mimpi dorg smpi dorg sakit mental" haha...dasat x imaginasi sy...

Di ofis sy, ade 2 org kakak yg sudah lama kawin tapi belum dikurniakan anak.Kak M ni dh hampir sepuluh tahun kawin tapi belum ade rezeki langsung.dia dh buat macam2 treatment yg tak sakit, yang sakit, operate, makan ubat, berurut semua dh dicuba.bayangkan betapa kuatnya keinginan untuk memiliki anak tu.Tapi org yg senang dpt, dgn bongoknya dh penat2 mengandung 9bulan buang pulak.yg xboleh terima buang kat tong sampah, dlm semak...ishhhh geramnya kalau difikirkan

Kerajaan pun tgh pening nak membanteras masalah ni. Sex education in school, media  n mcm2 digunakan. Sebenarnya, didikan agama saja yg dpt membanteras semua ni. Insyaallah, kalau didikan agama sempurna pasti hal2 begini dpt dielakkan.Semoga anak2 sy, keluarga sy, dan rakan2 sy sendiri dijauhkan dari perkara yg menghinakan ini. Tolong jgn dibunuh bayi2 yg xberdosa! Berilah pada org yg amat menginginkan mereka...


Comments

Popular posts from this blog

Invitation: Mini Open House

Assalamualaikum wbt, Kepada rakan2 yang ku sayangi tak kira lah rakan alam maya ke, rakan realiti ke...Kami sekeluarga ingin menjemput rakan2 semua ke Mini Rumah Terbuka dan Sambutan Majlis Ulangtahun Myra..I stated 'Mini' coz memang majlis ringkas jer...huhuuu The menu was planned, (plan yer kot2 la last minit berubah) ... Lontong (Lodeh + Nasi Impit), Ayam Masak Merah, Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam, kek birthday, cupcakes, kuih-muih... Semua masak sendiri nan ado catering...Me buat Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam , my mom ku minta masakkan lontong sebab tak cukup tangan...Kalau den jugak buat lontong alamatnye tak payah tido dah la jumaat tu keje...Pehtu feeling2 nak buat bread puding with sos vanilla plak ntah sempat ke idak...huhuiii   Jemputlah kawan2 yek... Date: 24.09.2011 Time: 1pm-6pm Venue: No.25, Jalan Setia Impian U13/8D, Setia Alam Shah Alam Myra nak menepek jugak kat sini...Layankan ajer...

Kenapa Dia Tak Prihatin?

Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan seka...

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART1

PART1 Day1 12 Oct 2017 (Hari Bertolak) Kami dari rumah menaiki hired taxi (mpv) tambang dalam RM80 dr Shah Alam. murahkan? Baik abang ni.. dia bawak exora. bertolak dari rumah ke KLIA2 pukul 6.30 petang, dan sampai sejam kemudian. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan flight dijadual berlepas pukul 10.30 malam. lepas dah checkin luggage semua kami pon dinner dulu dan solat. Kami sampai ke Tullamarine Airport Melbourne 9.30am waktu Australia 13hb. Day2 13 Oct 2017 (Arrival) Okay sy nak bagi beberapa tips untuk yg berhasrat ke Aussie. Imigresen Australia sangat2 strict ya tentang apa jua barang yg dibawa masuk kenegara mereka. Jika bawa makanan, boleh follow tips dibawah untuk memudahkan kuarantin check korang semasa di imigresen nanti. Memang jimatkan masa dan mudahkan pegawai sana utk check. juga boleh elakkan dari 'dog sniffing' ya disana mereka gunakan anjing pengesan utk hidu bag2. 1. Letakkan semua makanan dalam satu bag khas. Jangan campur2 bag. ni mmeudahkan peg...