Skip to main content

Body Basal Temperature (BBT) - Part 1

Okeh sekarang ahkak giat ber-bbt...apekah bbt? macam bbm kat blackberry kah? no..no...BBT is Body Basal Temperature, singkatan nye kita amik suhu badan tiap hari celik2 je mata trus amik termometer masuk lam mulut, rekod suhu tu..ingat lam kepala pon takpe sampai opis baru masuk FF (fertility friend) baru rekodkan...Yes, nak senang rekod trus dalam FF sebab FF akan siap buatkan graf untuk kita...ni contoh ai punya..http://www.fertilityfriend.com/ttc/

Ai ber-bbt sebab nak TTC...moga ade rezki tahun depan...bagusnye BBT ni kita boleh kenal tubuh badan sendiri dengan lebih detail lagi2 reproduktif sistem kita..BBT jugak boleh digunakan kalau nak jarakkan kehamilan so bukan TTC saje...so bila nampak suhu tu ala2 naik2 nak ovulate elakkan la bersama...gitu lah singkatan nye...Ni plak info yg lebih detail dari sis Kelly.

Langkah2 awal untuk berBBT..

1)  mula2 sekali mesti nak kena ada thermometer. Sebaiknya gunakan yang digital dan adalah lebih bagus yang specific untuk BBT  sebab ianya lebih tepat kerana mempunyai 2 digit selepas titik perpuluhan. Walau bagaimanapun digital thermometer yang biasa masih boleh diguna pakai cuma ketepatannya agak berkurangan sedikit. Jika  thermometer classic ( kaca) pula yang digunakan, thermometer hendaklah digoncang setiap malam sebelum tidur. Ini untuk memastikan raksa dalam thermometer tersebut akan kembali ke tempat asal.


2)mulakan ambil suhu pada hari pertama datang period. Hari pertama (cd1) biasanya diambil kira bila darah period dah flow bukan spotting.

3)ambil suhu sejurus bangun tidur sebelum lakukan sebarang aktiviti termasuk bercakap. Bermakna buka je mata terus ambil suhu. Dan sebaiknya thermometer diletakkan berdekatan dengan tempat tidur, supaya mudah nak ambil.

4)pastikan tidur cukup sekurang2nya 3 jam dan cuba disiplinkan diri untuk ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari. Kalau dapat set alarm lagi bagus. Tapi kalau setakat terawal atau terkurang setengah jam, suhu masih boleh diguna pakai.
Selain dari ambil suhu, vaginal discharge/lendir faraj atau lebih dikenali sebagai cervical mucus harus dipantau juga untuk membantu mengenal pasti hari ovulasi yang lebih tepat. Terdapat 5 jenis cervical mucus yang harus dikenal pasti dan dicatat:

Dry= kering
Creamy= berwarna agak keputihan dan likat seakan mayonis
Sticky= berwarna jernih tapi melekat2 seakan gam
watery= struktur yang agak cair dalam kuantiti yang banyak
Eggwhite= berwarna jernih, seakan putih telur dan boleh diregangkan beberapa cm tanpa putus dengan jari.

Cara untuk mengenal pasti cervical mucus:
selepas buang air dalam toilet, gunakan tisu untuk lap vagina. Perhatikan struktur, kuantiti juga warna cervical mucus tersebut.
Ataupun boleh guna jari yang bersih dan masukkan dalam vagina. Elakkan check cervical mucus sejurus selepas BD/ bersama suami untuk mengelakkan kekeliruan diantara cervical mucus atau lebihan semen.

Ni pulak finding dari rakan yg dah lame ber-BBT...beliau berjaya dapat baby ke-2 hasil BBT setelah 5tahun menunggu.
PERTAMA:
walaupun kita period tidak bermakna bulan tu kita ovulate / ada telur. maknanya kita period 'kosong'.. tanpa telur. biasanya kes ni dikaitkan dgn 'low progesterone'. myluv lah salah sorangnye. hehehee...
KEDUA:
selepas ovulate dipanggil DPO (day pass ovulate). setiap orang mempunyai tarikh DPO yg berbeza. ada yg 10 hari. ada yang 13 hari. myluv jenis 12 dan 13 hari. (selepas 13 hari DPO, suhu jatuh bawah line merah.. keesokkannya period) bagaimanapun.. sekiranya anda period sebelum 10 DPO.. menunjukkan anda menghadapi masalah dlm rahim. so far, kawan2 myluv hnya ada 1 yg pernah mengalami 9DPO. terus refer gynea.
KETIGA:
kita tak semestinya ovulate pada hari ke 14 atau 15. ada yg ovulate hari ke 20, 29 atau 30. malah ada yang ovulate hari ke 40. sebab tu ramai fikir dah delay. tapi sebenarnya belum ovulate p0nnnn... sebagai contoh myluv bulan october lepas ovulate pada hari ke 23.
KEEMPAT:
sekiranya anda mengalami sehingga 16 DPO.. tapi tak period lagi. sila buat UPT. saya boleh jangka anda sudah hamil.. best kan? on DPO16, dikira baru sehari delay. sebab paling lama orang tak period pun on DPO15.

BBT lebih bagus jika dibuat bersama-sama OPK...kira macam kembar lah mereka ni. OPK ni ovulation predictor kit, untuk mengesan dengan lebih tepat bila badan kita mengeluarkan hormon luteinizing (LH). bila LH ni dikeluarkan oleh badan, kita akan ovulate atau ovari kita mengeluarkan ovum dalam masa 24-48jam.
Ovari hanya mengeluarkan ovum sekali sahaja sebulan, ade yg 2-3bulan sekali...jika anda benar2 ingin hamil sangat syg kan kalau trlepas waktu2 ovum keluar tu...
"Hari ovulasi seseorang wanita berlansung antara 1 – 3 hari sahaja,ketepatan mengesan ovulasi amat membantu jika pasangan yang benar2 serious ingin hamil.

Terdapat beberapa kaedah untuk menentukan kesuburan wanita.Kini wanita boleh mengesan hari ovulasi dengan lebih efektif dan tepat berbanding kaedah asas BBT.Ovulation Prediction Kits (OPK) dapat membantu seseorang wanita untuk mengesan hari ovulasi wanita hampir 100% tepat.

Pengunaan alat ini dapat membantu bukan sahaja yang ingin hamil tetapi juga yang ingin merancang lebih2 lagi pasangan yang tinggal berasingan dan bertemu sekali sekala disebabkan kerjaya atau melanjutkan pelajaran.OPK boleh dibeli di farmasi."

Ni OPK strip ai selame 2hari...cycle day (CD) 15 dan CD 16...owh sungguh seronok nampak 2 line yg kuar sama terang nih. Ni bukan UPT yer...ni OPK...;)

OPK CD15 dan OPK CD16...

Comments

Pijot said…
ini lah info ai carik.. tq fren
shilafaizz said…
kebetulan pija..den buat entry ni kamu pon tanye pasal bbt...nanti den update lagi, banyak lagi info nak share...pasal baby's gender predictor especially...
Anonymous said…
tq for the info ^_^
miss candy said…
really good info.. tq sis for share! :)
Anonymous said…
leh x post gmbr thermometer yang specific untuk BBT tu...i mmg nk sgt info ttg ni, tekiu :-)
Pink Lavender said…
byk info makneng dapat..
mudah2an makneng dpt hasilnyer lps nih..

makneng follow sini
jemputlah follow makneng..:)
aLyNnZ said…
thanks coz sharing this info..amat2 berguna pd saya yg mmg plan nak menambah cahayamata..
niki said…
thanx for sharing this info. rs berkobar2 nk start cek OPK & BBT. sebelum ni x brp faham istilah tu.

Popular posts from this blog

Invitation: Mini Open House

Assalamualaikum wbt, Kepada rakan2 yang ku sayangi tak kira lah rakan alam maya ke, rakan realiti ke...Kami sekeluarga ingin menjemput rakan2 semua ke Mini Rumah Terbuka dan Sambutan Majlis Ulangtahun Myra..I stated 'Mini' coz memang majlis ringkas jer...huhuuu The menu was planned, (plan yer kot2 la last minit berubah) ... Lontong (Lodeh + Nasi Impit), Ayam Masak Merah, Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam, kek birthday, cupcakes, kuih-muih... Semua masak sendiri nan ado catering...Me buat Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam , my mom ku minta masakkan lontong sebab tak cukup tangan...Kalau den jugak buat lontong alamatnye tak payah tido dah la jumaat tu keje...Pehtu feeling2 nak buat bread puding with sos vanilla plak ntah sempat ke idak...huhuiii   Jemputlah kawan2 yek... Date: 24.09.2011 Time: 1pm-6pm Venue: No.25, Jalan Setia Impian U13/8D, Setia Alam Shah Alam Myra nak menepek jugak kat sini...Layankan ajer...

Kenapa Dia Tak Prihatin?

Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan seka...

Perkahwinan Norman dan Memey

Memula tadi kan nak buat entry pasal Myra tetibeeee.....bukak belog Filla terus berubah fikiran mak! Mwahahaha...Meh mamarazzi dah datang neh. Seperti yang diketahui ramai memey dan norman dh selamat jadi suami isteri. Korang suka ke tak suka ke dorang tetaplah kawen...mwahahahhah * Gelak jahat Cer cuba korang tengok gambo nih. Okeh ni gaun pengantin Memey rekaan Vera Wang okeh. Siapakah Vera Wang?? Vera wang tu adelah designer gown kelasss untuk artis2 kelasss jah. Okeh meh lihat senarai wedding gown artis yang dibuat Vera Wang...die telah membikin wedding gown untuk Ivanka Trump, Kim Kardashian, Khloe Kardashian, Alicia Keys, Uma Thurman, Mariah Carey , Jennifer Garner, Victoria Beckam wehhhhh! Dan Ramaaaiii lagi artis papan atas bak kate orang Indon. Kelasss ko jah. Standard artis hollywood okeh. Sila muntah ijo. Tah2 si Memey ni pon tak kenal sape Vera Wang. Tah sape yang carikan sponsor Vera Wang ni pon tak tau laaa kan...Tapi dah name pon sponsor terima je laaah. Okeh tu tak...