Okeh...entry kali ni nak hapdate buku resipi saye...bukan entry emoss..sambungan entry emoss adalah selepas ari sabtu ni after kami bawak Myra jumpa Paed untuk checkup 6bulan..time tuh akan saye dapatkan kepastian pasal obesiti pada baby dan toddlers....(i believe she's not that type!)
Okeh2...seperti topik entry kali nie kita main masak2 yer..semalam sy balik awal sebab ade course...biasela bila course ni kul 5pm dah habis..balik rumah mase banyak lagi tetiba rajin plak nak wat Steamed Seabass Blackpaper Style a.k.a Ikan Siakap Stim Ber-Lada Hitam...Healthy Food for Healthy Family...heheh..Ini resipinye:-
Bahan2:
Ikan Siakap 1 ekor (size sederhana untuk 2orang makan)
Bawang Putih - 3 ulas dicincang halus
Bawang Besar - 1 biji sederhana besar potong dadu
Halia - 2cm (hiris tipis dan potong panjang2)
Cili Padi - 3biji dihiris halus
Sos Tiram - 3 susu besar
Lada Hitam - 1 sudu teh ditumbuk halus
Limau Purut (yang ade kat rumah limau kasturi..jadi ler bule jugak)
Sos Seasoning (Kicap orang letak kat beger)
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (Tomato, Brokoli, Carrot, Kobis Bunga, Kobis Panjang, etc.) ni sayur2 yang ade kat rumah time ni..
Cara-Cara:-
1. Perap Ikan dengan lada hitam, sos tiram dan garam dalam 15minit.
2. Panaskan steamer/pengukus selama 10 minit. Letakkan ikan yang diperap tadi dalam pinggan besar, letak 1cawan air (or ikut suka). Taburkan bawang putih, halia, bawang besar, cili padi, sayur2 kecuali brokoli. Titiskan sedikit sos seasoning.
3. Masukkan dalam pengukus, masak selama 20minit dengan api besar. 10 minit lepas kukus masukkan brokoli dan perahkan limau,sambung steaming balik. Dah masak angkat,hiaskan dengan daun bawang/sup.Siap!
Sebelom dikukus...ni kes malas campak je semua termasuklah brokoli skali..hehehehehehhe
Kita lihat hasilnyaaaa.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaaaaaaaaa.....!!
NotaKaki:
1. Sangat senang dan mudah dimasak..
2. Time of cooking = 20mins
3. Time of preparation = 20mins
1. Sangat senang dan mudah dimasak..
2. Time of cooking = 20mins
3. Time of preparation = 20mins
Comments
my feveret ni..ikan siakap.