Skip to main content

Preggy 7bulan & Mengecat Rumah...

Salam uols,
Takde hape sgt sebenarnya nak dihapdate di blog ku ini....juz nk bg announcemnet i'm 7months preggy now!! huhu...Alhamdulillah, sudah sampai ke tahap ini...walaupun tiadalah apa sgt dugaan berat dilalui oleh sy tetapi sepanjang 7bulan kehamilan ini macam2 jugalah telah terjadi...sesuatu yg amat precious bagi diri sy...untuk dikenang sepanjang hidup...Dan alhamdulillah juga kesihatan sy baik2 saje2 cuma agk kerap sakit kepala skrg ini seperti mula2 pregnant dulu...mungkin disebabkan juga tekanan darah sy yg agk rendah barangkali...NH (nama babyku..) juga dapat kurasakan sudah makin membesar, tendangan lebih kerap, kadangkala sgt terasa kaki dan tangannya meregang ketika mengeliat atau bermain2...Kadang2 sy terasa nk ter-shi-shi sgt2 bila kakinya menendang dan terkena pundi kencing. Tak sabar rasanya hendak melihat muka NH sy...adakah banyak mengikut sy atau daddy-nye...Tetapi yg sy perhatikan NH sgt baik perilakunya apabila daddynye memanggil2 namanya...ketika dia sdg menendang2, automatik dia kan berhenti apabila daddynya panggil. Tetapi bila sy panggil, makin galak dia bergerak2 didalam tu. Ehm...anak mummy ni mesti dengar ckp daddy je ni...

Hujung minggu takde aktiviti sgt, KAMI mengecat rumah sajer...yer kami berdua lah...(larat lagi ke mak buyongg??) Aktiviti yg lama tergendala kerana kesibukan en suami yg sgt2. Kami mulakan dgn mengecat dapur dahulu supaya sy boleh continue meng-asapkan dapur yg sudah lama tak berasap...Buat pengetahuan semua sy masih larat lagi mengecat rumah tau...Wonder Mummy lah katekan...heehuu..sy  ingatkan sy xlarat lagi rupanya stamina dan energy sy masih mengizinkan...banyak kali en suami melarang sy dan suruh cat border2 saje tapi sy ni nak keje cepat siap. Tak kan sy nak ddk mencangkung tgk dia buat kerja saje kan...gatal sungguh tangan sy dan sakit mata melihat lambat benar nak siap. Sy pun amik berus cat dan cat mane2 yg sy sampai terutama kwsn2 yg memerlukan penilitian dan tidak diteliti sgt oleh en suami. Sy juga masih boleh memanjat tangga tetapi setakat plg tggi pon 3,4 anak tangga saje...En suami pon bnyk kali mengingatkan 'Baik2 syg...' dan dia tahu dia tak boleh ckp 'Tak yah tolonglah, duduk je lah...' kerana dia pasti akan mendengar bebelan pjg dr sy. Dan Alhamdulillah, setelah 2hari kawasan dapur pun sudah siap di cat...Nnt dah siap sumer, sy upload gamba ye...Sy akui sy mmg xleh ddk diam. Dari awl preggy smpi sekarang sy masih lagi aktif berkebun dirumah, jalan2, naik turun tangga almaklum rumah double storey...Alhamdulillah, tenaga dan badan masih mengizinkan..Semoga keaktifan sy akan memudahkan proses bersalin nanti...(Petua nk mudah bersalin a.k.a mempercepatkan bukaan rahim salah satunya adalah banyakkan berjalan!)

Comments

Popular posts from this blog

Invitation: Mini Open House

Assalamualaikum wbt, Kepada rakan2 yang ku sayangi tak kira lah rakan alam maya ke, rakan realiti ke...Kami sekeluarga ingin menjemput rakan2 semua ke Mini Rumah Terbuka dan Sambutan Majlis Ulangtahun Myra..I stated 'Mini' coz memang majlis ringkas jer...huhuuu The menu was planned, (plan yer kot2 la last minit berubah) ... Lontong (Lodeh + Nasi Impit), Ayam Masak Merah, Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam, kek birthday, cupcakes, kuih-muih... Semua masak sendiri nan ado catering...Me buat Laksa Johor, Roti Jala + Kari Ayam , my mom ku minta masakkan lontong sebab tak cukup tangan...Kalau den jugak buat lontong alamatnye tak payah tido dah la jumaat tu keje...Pehtu feeling2 nak buat bread puding with sos vanilla plak ntah sempat ke idak...huhuiii   Jemputlah kawan2 yek... Date: 24.09.2011 Time: 1pm-6pm Venue: No.25, Jalan Setia Impian U13/8D, Setia Alam Shah Alam Myra nak menepek jugak kat sini...Layankan ajer...

Tips Bercuti Melbourne Australia Spring 2017 PART1

PART1 Day1 12 Oct 2017 (Hari Bertolak) Kami dari rumah menaiki hired taxi (mpv) tambang dalam RM80 dr Shah Alam. murahkan? Baik abang ni.. dia bawak exora. bertolak dari rumah ke KLIA2 pukul 6.30 petang, dan sampai sejam kemudian. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan flight dijadual berlepas pukul 10.30 malam. lepas dah checkin luggage semua kami pon dinner dulu dan solat. Kami sampai ke Tullamarine Airport Melbourne 9.30am waktu Australia 13hb. Day2 13 Oct 2017 (Arrival) Okay sy nak bagi beberapa tips untuk yg berhasrat ke Aussie. Imigresen Australia sangat2 strict ya tentang apa jua barang yg dibawa masuk kenegara mereka. Jika bawa makanan, boleh follow tips dibawah untuk memudahkan kuarantin check korang semasa di imigresen nanti. Memang jimatkan masa dan mudahkan pegawai sana utk check. juga boleh elakkan dari 'dog sniffing' ya disana mereka gunakan anjing pengesan utk hidu bag2. 1. Letakkan semua makanan dalam satu bag khas. Jangan campur2 bag. ni mmeudahkan peg...

Kenapa Dia Tak Prihatin?

Saya memang seorang executive biasa ditempat saya bekerja atau lebih tepat hanya seorang junior executive yg masih setahun jagung di bidang perbankan. Tempat saya bekerja sekarang adalah majikan pertama saya sejak saya grad. Saya tiada pengalaman bekerja sebelum ini dan hanya menjalani on-the-job training dlm istilah Human Resource. Saya memang seorang yg tidak pandai mengampu, kipas atau membodek bos. Kalau sy rase tak betul sy akan express idea sy. Buat masa skrg ketika tgh mengandung ni, sy memang slalu amik annual leave dan sebelum ini sy bukanlah seorang yg selalu ambil cuti.Lagipun sy amik annual leave bukanlah MC jadi tiada apa2 masalah disitu. Annual leave mmg diberi kepada setiap pekerja dengan jumlah tahun pertama bekerja sebanyak 24 hari. Saya ambil cuti juga bukan saje2 dan sy mmg akan ssh hati setiap kali cuti sbb terpaksa meninggalkan kerja2 di pejabat. Sy ambil cuti kerana perlu ke klinik berjumpa doctor untuk check-up kandungan. Dan sekarang ini pula tempoh sebulan seka...