Skip to main content

Saya Cinta Malaysia

Sekarang ni di FB orang2 masih dok berperang sesama sendiri berkaitan Perhimpunan Bersih...isk.isk..sedihhhh tengok gelagat manusia nie. Tapi ape yang berlaku pada 9 July 2011 benar2 menyedihkan. Sangat takut negara akan bergolak macam sempadan Thailand, Indonesia...Ya Allah jauhkan lah semua itu dari negara kami.

Kadang kala manusia hanya mengikut2, tanpa membuat selidikan kesan atas satu2 tindakan. Perlu diketahui, sekarang ini nilai matawang negara kita Ringgit, menunjukkn peningkatan kukuh berbanding Dollar Amerika, Euro, malah Riyal juga. Ini menjadikan Ringgit adalah matawang terbaik di Asia. Malaysia juga adalah Top 6 di Asia yg menjadi pilihan investor asing. Maksudnya apa? Maksudnya ekonomi Malaysia kukuh, hasilnya dapat meningkatkan purchasing power rakyat dan menjadi silver line untuk pelabur asing melabur di sini. Itu semua adalah usaha serius kerajaan mentransformasi ekonomi dan membuka mata pelabur asing untuk lebih yakin melabur di Malaysia. Itu hakikatnya, walau sy tahu pasti ramai yg akan berhujah juga.

Tapi yg sy nak sampaikan adalah, dengan pergolakan sekarang, sedikit sebanyak pasti akan memberi impak pada ekonomi negara akan datang. Sy pon bukanlah arif sangat pasal ekonomi, tapi jika dilihat apa yang terjadi pada negara jiran begitulah juga yg akan terjadi pada negara kita nanti kalau masih huru-hara begini. Maksud sy dari segi ekonomi, memang akan melumpuhkan ekonomi nantinya.

Tak perlu lah melihat contoh2 yang susah nak faham, tapi apa yg berlaku Sabtu lepas cukup membuatkan peniaga2 kecil putus rezeki untuk 1,2 hari. Mereka terpaksa menutup kedai, menutup gerai tak dapat berniaga langsung. Kasihan pakcik, makcik yang pendapatannya per hari menjual makanan2 ringan dipasar malam dan tepi Jalan Tar, Jalan Masjid India tu akibat perhimpunan ni. Kalau Sogo ke tutup sehari tak heran tapi bagaimanan dengan peniaga kecil. Kesian pada pemandu2 teksi yang tidak dapat mengambil penumpang sekitar KL malah masuk KL pon tak boleh. Sangat memberi kesan pada mata pencarian mereka bukan? Kasihan...

Sy sangat rindukan saat2 kepimpinan Tun Mahathir dulu. 22 years of servicing with GLORY. Sy membesar semasa kepimpinan beliau, sy dapat lihat betapa bangganya dan hormatnya ayah sy pada Tun M dan sedihnya abah ketika Tun M mahu bersara. Bagaimana Malaysia survive semasa kejatuhan ekonomi tahun 1997 lalu? Tak perlulah di listkan segala bentuk kemajuan dicapai semasa perkhidmatan beliau. Terlalu banyak.

Terbitkanlah rasa syukur dalam diri, memang lumrah manusia barangkali yang buruk pasti senang ternampak cacatnya, jika yg baik2 seperti angin lalu saja malah dipertikaikan lagi. Sy sayang negara sy, sy bersyukur jadi rakyat Malaysia, semoga Allah memelihara keamanan Malaysia selamanya. Semoga perbalahan ini semua sementara sahaja. Amiinnn...






Comments

ashra said…
samalah kita.saya sgt2 suka dan rindu akan tun DR mahathir.
perjuangannya terhadap bangsa melayu membuatkan semua bangsa boleh menghormati pendirian beliau.menghormati negara.

sayang.....seribu kali sayang.
selepas pentadbiran beliau,konsep yang diperjuang selepas beliau telah mengoyangkan negara.semua nya berani bersuara dan bangkit!.....

hamik ko! makin sesia perjuangan2 sebelum dan semasa tun Mahathir...
Hidayah said…
Klu ikutkan DR M bukan la pure Melayu kn? Masa beliau memerintah, mana ada org berani nk bangkang2 ni.. nk wt demonstari pun xde rasanya.. Agaknya pemimpin kita yg skrg terlalu berlembut kot
shilafaizz said…
kak ash: golongan2 terdahulu pasti sedih kan tgk bumi malaya jd cmni kan...dulu penjajah dtg secara fizikal, tapi sekarang fikiran yg dijajah.dari pelbagai segi.

dayah: Tun M pure melayu..tapi beliau bukan Pro- Melayu..heheh.pening lalat ko ni..sebab cara pemerintahan beliau lebih demokrasi, dats why parti2 lain pon hormat biarpun berbeza fahaman politik

Popular posts from this blog

BBT, OPK dan Ovulasi

Okeh next nak cerita pulak pasal BBT, OPK dan waktu ovulasi. BBT tu korang dah faham kan camne nak mula... okay sekarang kita cerita pasal Ovulation Pregnancy Kit (OPK) ni dan kaitan nya dalam BBT. Secara generalnya...hanya dengan menggunakan BBT saja dah boleh detect ovulation day tu tanpa menggunakan OPK. Tapi...sebagai persediaan nak hamil...lebih elok la kita gu kan atau guna sekali OPK dan BBT bersama-sama. OPK tidak mengesan ovulasi tapi hanya mengesan kehadiran LH (hormon yg dihasilkan sebelum pengeluaran ovum) mana kala BBT pula mengesan hari ovulasi dengan lebih tepat. Tetapi sekiranya plan untuk hamil... elok buat OPK sekali supaya kita tak terlepas hari subur 'fertile window' untuk BD (bersama). Fertile Window & Cervical Mucus (CM) Fertile window biasanya 5hari dalam sebulan tapi hanya 1hari saja hari ovulasi iaitu hari paling subur. Jika kita boleh detect fertile window ni lebih mudah untuk kita usaha hamil. Selain menggunakan OPK...kita jugak bol

Spiral Spaghetti Goreng Ala Chef Shila

Di atas permintaan rakan-rakan di FB yang mem-view album resipi saye...dan merequest resipi dari saye terutamanya Epa Hassan . ..Dengan berbesar hati sekali saye sanggup dan rela membocorkan resipi turun temurun nenek moyang..huahuaaa...Kawan2, nak masakan sedap ni sebenonye kena ade satu skill, skill 'pandai agak-agak'...cmno tu? maksudnye, kalau orang tanye bape banyak lada nak letak? agak2 jer...ha gitu ler... hikhik ~Ha menarik tak spaghetti saye ni? (klu xmenarik sudah, ade ku kesah..) Bahan2: Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli) *Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M) *Minced chicken/beef *Lada kering - gunting dan direbus Bawang besar - sebiji Bawang putih - 4 ulas Sos Tiram *Sawi batang hijau *Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar Telur - 2biji Garam dan bahan perasa (* = Ikut korang ler kalo suka

"Ma Ismuka" - Siapa Nama Kamu?

Assalamualaikum wbt... Aicecehhh "ma ismuka" bagai...korang tau ke maksudnye tuh...Okeh kita belajar Al-Lughatul 'Arabiah sket yer adik2...Hehe maksudnye "Siapa Nama Kamu" untuk general lah kalau tak tau lelaki atau perempuan..Kalau perempuan "Ma Ismuki?"... Ntah ape la Puan Shila merepek ni kan...Okeh sedia maklum la kan ai ni aktif ber-Ratuhati...lately ni kan, ai dah jadi consultant tak bergaji...ekekekeke...Actually dalam Ratuhati ade ruangan Nama2 Anak...So ku tolong la translate beberapa nama yang kata asalnya dalam Bahasa Arab..sebabnyeeee ade banyak sangat makna2 nama dalam buku-buku dipasaran dan internet yang tidak tepat sama sekali dengan maksud bahasa arabnye itu sendiri. Bahasa Arab saye ni taklah seberapa, jadi untuk mendapat kesahihan atas rujukan saya itu saye dibantu oleh senior saye mase di UIA iaitu Kak Zu..Kak zu memegang Ijazah Bahasa Arab atau kami panggil BAR di UIA. BAR= Bachelor of Arabic. Menurut Kak Zu nama-nama dalam buku